1 LAGI KEKANTOIAN YAP SIN TIAN

Nak nama biarlah jalan yang betul. Nak penghormatan? Biar bermula dari yang benar. Nak dipandang? Biarlah bermula dari baik. Nak mengatakan kelemahan sesuatu, biarlah bermula kelemahan itu tiada pada diri.

Apa dah jadi? Sia-sia saja Dong Zhong ke hulu hilir mendabik dada sebagai pejuang masa depan pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina apabila pengerusinya, Yap Sin Tian kantoi menipu taraf pendidikan malah lebih memalukan lagi bila menggunakan gelaran "Dr" hasil dari membeli ijazah palsu.

Sekurang-kurangnya tiga tahap pendidikan milik Yap Sin Tian diperolehi dari Kensington Universiti yang hanya beroperasi dari sebuah rumah kedai tanpa bilik kuliah dan telahpun diarahkan tutup oleh pihak berkuasa California pada 1996.

Rata-rata komen pembaca internet di forum, facebook dan portal berita yang baru menyedari penipuan Yap Sin Tian itu telah mengutuk & mengecamnya selepas pendedahan oleh sebuah blog stopthelies.my.

"He portrays himself as if he is a man of high integrity, high accountability and principles. In short, a man in defence of Chinese education.

But we have enough evidence to prove that behind his beefed up image, is man who is dishonourable and deceitful. He has no qualms of buying his doctorates from the Internet". (stopthelies.my)

Sehingga kini tiada penjelasan lanjut diberikan oleh Yap Sin Tian mahupun NGO yang yang diketuainya walaupun sejak semalam para wartawan cuba mendapatkan komen berkenaan isu ini.

P/s : pernah pak long pu3 nasihatkan pu3. "Biarlah pandai mengukur badan sendiri. Jangan terketat, usah terbesar. Tak perlu didesak dipasang kain nan mahal, andai poket kering kontang. Malu kita Along, dek diketahui orang, cakap sahaja temberang"

Comments

Popular Posts