LYNAS MEMBANGKIT INGATAN..
Kata Ir jebat modern FB : Ramai tidak sedar 'kekecohan' yg menyelubungi pembinaan kilang memproses nadir bumi, Lynas di Gebeng sejak kebelakangan ini pernah berlaku 20 tahun lalu. Di lokasi sama, pihak berkenaan yg kebanyakannya 'orang luar' berkempen mempengaruhi penduduk tempatan supaya menolak cadangan pembangunan kawasan Perindustrian Gebeng bagi menempatkan industri petrokimia kerana ia berbahaya kepada kesihatan.
Lebih teruk lagi, mereka menakutkan penduduk bahawa harga tanah akan jatuh sehingga menyebabkan ada penduduk menjual tanah mereka pada harga murah bagi mengelak kerugian. Keadaan itu menyebabkan penduduk tersebut 'sesal tidak sudah' apabila menyaksikan tanah dijual pada harga serendah RM20,000 untuk 0.4 hektar kini sudah mencecah nilai pasaran semasa RM400,000. Beberapa penduduk ditemui mengakui perkara itu berlaku kerana ada di antara mereka tidak mahu berpegang kepada fakta sahih, sebaliknya percaya kepada tohmahan dan fitnah pihak tidak bertanggungjawab.
Justeru, mereka tidak menolak kemungkinan kesilapan lalu boleh berulang dalam kes kilang memproses nadir bumi Lynas hari ini. Seorang nelayan di Balok, Harun Mohamad, 66, mengakui begitu menyesal apabila percaya kata-kata pembangkang ketika itu dengan menjual tanah miliknya di Seberang Balok dengan keluasan 0.4 hektar atau seekar pada harga RM20,000.
"Saya akui sungguh menyesal kerana jika saya tidak menjualnya, pasti saya boleh mengusahakannya dan tidak perlu terus turun ke laut seperti sekarang. Apa yg membuatkan saya terkilan ialah nilai tanah tersebut kini meningkat menjadi RM400,000 seekar," katanya ketika ditemui di jeti nelayan kampung Balok, di sini baru-baru ini. Menurut bapa kepada empat anak ini, bertambah kesal apabila dia terpaksa membeli pula rumah lain di kawasan itu.
Bagi Yahya Abdullah, 86, dia pula menjual tanah seluas dua ekar atau 0.8 hektar di Balok Makmur kepada pemaju perumahan ketika itu untuk membangunkan kawasan perumahan.
"Memang murah tetapi disebabkan memikirkan cakap-cakap orang ketika itu bahawa harga tanah akan jatuh, maka saya membenarkan mereka mengambil tanah saya.Cuma, saya bernasib baik sebab diberikan sebuah rumah daripada projek perumahan yg dibangunkan di atas tanah saya," katanya yang mempunyai 14 cahaya mata.Tambahnya, apa yg dikesalkan ialah arwah bapanya menjual tanah seluas 1.2 hektar akibat risau dengan apa digembar-gemburkan ketika itu. Sehingga sekarang saya tak tahu arwah ayah jual kepada siapa dengan harga RM38,000 seekar ketika itu kerana sehingga sekarang ia tidak dibangunkan. Setiap kali melalui kawasan itu, saya cukup sedih kerana tahu tanah itu pernah menjadi milik arwah ayah tetapi kini hanya ditumbuhi semak-samun," jelasnya.
Sementara itu, bagi seorang penduduk, Abdullah Mat Ali, 49, cukup-cukuplah pihak pembangkang menakutkan penduduk kampung, sedangkan pembangunan di kawasan itu akhirnya membawa banyak kebaikan kepada penduduk dan masyarakat di Pahang.
"Apa yang saya perhatikan Balok jauh berbeza dari dahulu dan memang tak jangka membangun dengan pesat. Dengan adanya kilang berteknologi tinggi, ia adalah jaminan pekerjaan kepada kami," katanya.
P/s: andai coretan keluhan ini masih tak membuka mata TIPAH TERTIPU... Pu3 nak ucapkan tahziah untuk korang ya.
Comments
Post a Comment