KERAJAAN PERAK KINI LEBIH BERKEBAJIKAN

PAS mengubah slogan perjuangan, dari NEGARA ISLAM kepada NEGARA KEBAJIKAN. Tapi setakat ni, ntah mana kebajikan yang diberikan... Lebih banyak FATWA LALANG dan kenyataan menghalalkan rakan sekutu untuk diterima pakai.

Hampir RM8.7 juta dibelanjakan oleh Kerajaan negeri melalui Yayasan Bina Upaya (YBU) khusus untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan menjana pendapatan sendiri menerusi skim pinjaman mikro kredit.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan, Datuk Saarani Mohamad memberitahu, sehingga Mac, seramai 1,099 penerima memperoleh bantuan tersebut melibatkan 797 orang Melayu, 126 Cina, 151 India dan 25 lagi Orang Asli.

"Sehingga Mac lalu, sebanyak 377 orang telah menerima bantuan perumahan melibatkan 183 pembinaan rumah baru dan 194 lagi untuk projek baik pulih.

"YBUDR telah membiayai pembinaan rumah dengan satu bilik bernilai RM20,000, dua bilik RM30,000 dan tiga bilik RM35,000. Bagi projek baik pulih rumah pula, ia melibatkan kos maksimum sebanyak RM15,000," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (BN-Kampung Gajah) yang mahukan penjelasan jumlah penerima bantuan YBUDR setakat ini.

Dalam pada itu, Saarani berkata, bagi bantuan kotak makanan pula, sebanyak 58,957 orang telah menerima sumbangan tersebut sehingga Mac lalu.

Tambah beliau, YBUDR juga telah menyalurkan bantuan berjumlah RM1 juta kepada 6,700 penerima bantuan musim perayaan.

Nak baca lebih lanjut, sila baca di sini : http://sangkakalajari9.blogspot.com/2012/04/jelas-kerajaan-perak-lebih-memberi.html

P/s: dari dok mencanang menghentam dan mengharamkan kerajaan BN. Baik laksanakan apa yang djanjikan kepada pengundi semasa PRU ke-12 lalu. Berjaya laksanakannya, baru nk kempen meluas!

Comments

Popular Posts