NIZAR MEROYAN LAGI! PANGLIMA ATM TAMPIL HENTAM!

PEWARIS ANAK BANGSA


Kalau sebut tentang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ramai juga yang tergelak melihat telatahnya semenjak hilang kuasa setelah 11 bulan jadi Menteri Besar PAS,Perak. Timbalan Persuruhjaya PAS Perak ini sudah menjadi bahan jenaka kerana jadi macam orang tak tentu hala dan main hentem keromo bila membuat dakwaan.

Ini termasuk bila kantoi membuat dakwaan terhadap Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir baru-baru ini .Bila Menteri Besar itu jawab dalam Dewan Undangan Negeri beliau kantoi  jem kerana tembelangnya  pecah di khalayak ramai.

Isnin lalu,beliau buat hal lagi.Ini kes lagi serius.
Beliau main sedap mulut tuduh di ceramah di Taman Desa Pakatan, Pengkalan kononya penglima-panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) marah pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak setuju beliau meminta mereka melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Nizar mendakwa Perdana Menteri membuat permintaan itu semasa mengadakan pertemuan dengan semua panglima angkatan tentera.

Jika begitu halnya,Nizar memang sudah melampau kerana cuba mencetuskan kesangsian pada kredibiliti ATM.

Khamis ia mengundang reaksi dari Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin sendiri. Bercakap dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur beliau memberitahu seluruh warga ATM kecewa dengan tuduhan Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang,Perak dan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu kerana ia bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej Perdana Menteri serta ATM.

Turut serta bersama beliau ialah panglima tentera darat, laut dan udara.Beliau menegaskan tuduhan tidak berasas samasekali dan berbaur hasutan.Zulkefli berkata kenyataan berbaur politik dan hasutan sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara.

"Dewasa ini wujud banyak pihak yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan yang sentiasa berusaha untuk meracuni pemikiran rakyat bertujuan bagi menghakis keyakinan masyarakat terhadap ATM dan kerajaan memerintah pimpinan BN serta tidak terkecuali individu tertentu dalam usaha melindungi politik mereka," katanya.

Rabu Menteri Besar Perak menyifatkan tuduhan ketua pembangkang negeri itu kononnya Perdana Menteri mengadakan perjumpaan dengan pemimpin serta pengawai kanan tentera berhubung pilihan raya sebagai melampau, keterlaluan dan bersifat hasutan.

Beliau berkata dalam ceramah berkenaan Mohammad Nizar menggambarkan seolah-olah Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta pemimpin tentera melakukan sesuatu berhubung pilihan raya sehingga tercetus pertikaman lidah antara mereka.

"Dia (Mohammad Nizar) begitu celupar melemparkan tuduhan, dia tidak kisah mengeluarkan kenyataan bersifat hasutan, dia tidak fikir implikasinya dan dia menggambarkan satu perkara yang menakutkan. Ini keterlaluan dan melampau," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco mingguan kerajaan negeri di Ipoh.

Dalam ceramah itu, Mohammad Nizar turut mendakwa pemimpin dan pegawai kanan tentera itu enggan berbuat demikian dan akan tetap bersama-sama rakyat jika BN tewas dalam pilihan raya itu.-26/4/2012 AGENDA DAILY

Comments

  1. untuk mendapatkan malaysia, PR haruslah memusnahkan institusi RAJA,ATM,dan PDRM.klu tax jgn mimpilah nk dapat Malaysia utk hadiahkan kpd DAP.Semua usaha dah dilakukan untuk ole PR untuk jatuhkan institusi tersebut, tapi kita dilindungi olehNYA.....kini sampailah masa untuk memusnahkan mereka kembali...insyaALLAH.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts