OPERASI PEMBERSIHAN PERIUK NASI! SELANGORKU KINI!!!!
Kuat sangat hasrat mengadakan himpunan BERSIH. Semakin terserlah bahawa Pakatan Pembangkang perlu mengalami pembersih. Bukan lagi menggunakan sabun, tapi super power Clorox!
Banyak bebenor berita keterukan pengurusan pentadbiran kerajaan Selangor. Berita yang pu3 baca pagi nipun dah sah menunjukkan pembersihan besar-besaran kerajaan selangor ke atas tapak pencarian rezeki rakyat termasuk pengundi!! Tak percaya? Baca artikel di bawah ini :
14hb April 2012 :SelangorKu Kini …. 129 Projek Perkilangan Di Selangor Tak Dapat Dilaksanakan …
Sebanyak 129 projek perkilangan yang menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di Selangor tidak dapat dilaksanakan berikutan bekalan air bersih yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan operasi pihak industri.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak dapat menyalurkan bekalan air bersih kepada kilang berkenaan ekoran kekurangan air bersih di negeri ini.
"Meskipun 129 projek perkilangan dengan jumlah pelaburan RM3.8 bilion diluluskan, Syabas tidak dapat memberikan komitmen untuk menyalurkan bekalan kerana kekurangan simpanan air bersih," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) peringkat Tanjong Karang oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam.
Noh berkata kekurangan air bersih itu disebabkan keengganan kerajaan negeri memberikan persetujuan kepada projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.
Selain itu, katanya Syabas turut menghadapi masalah menyalurkan air bersih untuk beberapa projek perumahan di Selangor.
Menurut Noh, kerajaan membelanjakan RM600 juta untuk menambah baik beberapa loji di Selangor bagi menyalurkan air bersih-
Hehhheheheh.. Kannn pu3 dah kata. Sokong habis BERSIH 2.0 n sekarang upgrade pula BERSIH 3.0 . Fokus SPR je jadi sasaran. Dah dapat memerintah Kelantan , pulau pinang, Kedah dan selangor. Lawaknya dua negeri bawah pemerintahan tak juga besih-bersih. Sekarang nak memastikan penyaluran air bersihpun depa tak mahu sokong!
Khalid gagap ni, dok buat kerja apa? Membersihkan kewangan? Patutlah dulu yayasan selangor hanya mengeluarkan biasiswa, sejak di bawah pentadbirannya, menurut sumber email yang dibaca tv3 yang dikirim oleh 'SUNAN' kini mengubahkannya menjadi pinjaman pula? Dengan erti kata lain, mana perginya kewangan Yayasan Selangor? Hmmmmm.. Hope ada pendedahan lebih terperinci berkenaan tersebut.
BERSIH.. Bersihkan dulu pentadbiaran pakatan pembangkang sebelum nak menjahanamkan negara. Baru sepenggal memerintah kecuali Kelantan. Hancur negeri di bawah pentadbiran dibuatnya. Nak bagi sepenggal lagi? Jadilah padang jarak padang terkukur dibuatnya. Mana2 negeri yang ada rakyatnya dah jadi hantu-hantu pakatan ni, jangan kerana nafsu buas korang nak dapat tempat.. Memusnahkan keseluruhan rakyat!
Jom BERSIHkan pakatan Pembangkang. Kita ganyang depa!
Comments
Post a Comment