ANWAR DENGAN KEBOHONGAN TERBAHARUNYA

Andai Anwar Ibrahim sekadar orang biasa. Lantak dialah, takkan mudarat kepada rakyat dan negara.paling terukpun mereka yang terlibat jadi mangsa pembohongan. Tetapi sebagai pemimpin politik apatah lagi mengetuai pakatan pembangkang, ia tidak boleh didiamkan.

Terbaru, kehadiran Anwar pada persidangan India Today Conclave (ITC 2012) pada 16 dan 17 Mac lalu mencetuskan kontroversi.

Dalam twitternya, Anwar memberitahu beliau tidak akan hadir ke ITC 2012 sebagai membantah kehadiran penulis kontroversi, Salman Rushdie, yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Namun hakikatnya, beliau muncul menyampaikan ceramah di sana, yang turut dihadiri Salman. Dengan kata lain, Anwar dan Salman bersama-sama menjayakan persidangan tersebut.

Sepatutnya kalau beliau mahu hadir, nyatakan sahaja akan hadir. Tidak perlu mengelirukan para pengikut Twitternya konon akan memboikot ITC 2012.

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini...1/4/2012

Comments

Post a Comment