BUAT KERJA @ KERJA TAPI BUKAN KERJA!!!
alahai.. korang ni tak guna akal sungguh. dari buang masa buat demo, fokus berlajar dapatkan pointer tinggi lagi elok ! |
---------------------------------------------------------
Kalau ikut kata Khalid Nordin mungkin dia tak pernah empati, cuba ikut kata Saifudin timbalannya, saya rasa anak-anak muda kita kendur dan akur. Formulanya jgnlah api dicurah minyak seperti kenyataan Khalid Nordin, Tapi Saifudin timbalan Khalid memberi air, kerana kenyataan beliaulah saya rasa tinggal 40 org saja berdemo berkhemah. Nak tah kenyataannya
Khalid kata: Bayar balik pinjaman
Kata Saifudin: Mari kita dengar apa yang mereka nak, dan kita bincang mungkin kita juga ada silapnya, dan mereka ada yg tidak dapat maklumat tepat.
---------------------------------------------------------
Mula membaca komen tu.. Pu3 komen sendiri. Hebat!!! Macam api dengan air! 10 saat pertama, pu3 terpujilah dato saifuddin abdullah ni. Tetapi tak marah kepada Dato khaled Nordin. Sebab Menteri IPT ada alasan kenapa dia tak berempati dengan budak-budak demo tu
beradapkah tindakan kurang ajar ini? layakkah mereka yang berbuat demikian diangkat sebagai pejuang atau mereka lebih kepada tukang demo semata? |
10 saat kemudian ini kenyataan pu3 :
Semua dah tau, timb menteri IPT ni banyak membuat jadual datang temu, mesra dekat, jumpa bincang, kumpul rapat dengan pelajar IPT.
Persoalan pu3. Takkan dalam semua tour tu, tak pernah dia menemui aduan dari pelajar IPT tentang diseksa kejam oleh PTPTN? Kenapa setelah raja segala drama buka pintu neraka tu baru nak termuntah
budak-budak tu buat demo sokong?
Kalau nak kata siapa paling cerdik buat kenyataan demo.. Pu3 kata. Tak ada seorangpun dari kedua pemimpin ini tunjukkan kebebalan mereka. Tapi ayat : " Mari kita dengar apa yang mereka nak, dan kita bincang mungkin kita juga ada silapnya, dan mereka ada yg tidak dapat maklumat tepat." - selama buat progrm dekat pelajar ni takkan tak cukup perbincangan?
Sama seperti kes demo anak ikan anwar menurunkan bendera PM di PWTC? Sibuk membuat kenyataan memujuk, terleka dengan tindakan kurang ajar tersebut.
tak perlu menyembah tetapi menghormati kepimpinan perlu ada dalam diri. tindakan anak ikan anwar menurunkan bendera PM di PWTC tak boleh dilupuskan dah wajar dibuang je budak ni! |
Soalan pu3 . Berdasarkan kenyataan (andai itu kenyataan kedua-dua pemimpin) siapa yang tak buat kerja? Seorang sibuk memperjuangkan peningkatan kualiti IPT, seorang pula always janji jumpa pelajar tapi zero maklumat?
Kalau individu itu kata syurga dan neraka. Pu3 nak kata, ada madu ada racun. Dah 1 kemeneterian, takkan tak pernah berjumpa dan membincangkannya? Hmmmmm.... Buat kerja untuk yang berhak, atau buat kerja untuk popular dalam generasi baru? Andaian pu3.. Timbalan menteri IPT mempunyai cita-cita sangat tinggi dan besar untuk jangka masa panjang kelak. BENTUK BALA TENTERA UNTUK EMPAYAR. Renung-renungkan dan fikir-fikirkan.
Pssttt: pu3 bukan support sesiapa dalam soal perbandingan ini. Semua ni adalah apa yang pu3 rasa dan fikirkan. adalah demontrasi sahaja jalan penyelesaian masalah. tunjukkan pu3 bukti negara aman selepas demontrasi di dunia ini?!!!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Comments
Post a Comment