KRITIKAL MASALAH PSIKOLOGI? HILANG WARAS
aktiviti kinik bergerak Puteri UMNO |
Gambar di atas: tahniah kepada pergerakan puteri UMNO yang menjalankan aktiviti ke arah jaminan kualiti kesihatan hidup . Gambar ini pu3 kongsikan, dalam keadaan pakatan pembangkang dok memikiq nak menjahanamkan orang demi perjuangan pribadi depa. Puteri UMNO masih berada dalam landasan perjuangan PUTERI PRIHATIN untuk Masyarakat.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa dah jadi? Masalah tekanan semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini kenapa? Pu3 membaca artikel harian. Metro pagi ni, terkejut dengan cerita, bayi dipijak hingga mati.
Baca dulu artikel di bawah :
Berang apabila adik ipar menegur sikap buruknya yang kerap mengabaikan keluarga dan sering memukul anak, seorang lelaki bertindak di luar batas kemanusiaan apabila memijak bayi lelakinya yang berusia dua minggu hingga mati.
Berang apabila adik ipar menegur sikap buruknya yang kerap mengabaikan keluarga dan sering memukul anak, seorang lelaki bertindak di luar batas kemanusiaan apabila memijak bayi lelakinya yang berusia dua minggu hingga mati.
Menurutnya, suspek yang bekerja dengan syarikat pengumpul barang lusuh sering mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan memukul enam anaknya setiap kali bertengkar dengan isterinya yang berusia 36 tahun.
"Perbuatan ganas suspek menyebabkan adik iparnya yang tinggal berhampiran hilang sabar lalu menegur sikap buruknya itu. Bagaimanapun, tindakan itu tidak disenangi suspek hingga mencetuskan pergaduhan," katanya.Sumber :Harian Metro
Baca ini sebagai maklumat tambahan:
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 2) Definisi Kualiti Hidup Penilaian kualiti hidup adalah sesuatu yang sukar dan tidak ada definisi yang umum diterima mengenai kualiti hidup. Pada masa lalu, kebanyakan pengkaji hanya mengira kualiti hidup manusia berdasarkan satu dimensi sahaja seperti kefungsian fizikal,ekonomi atau kefungsian seksual. Tetapi, kebanyakan pengkaji kini cuba untuk menambahkan lagi definisi kualiti hidup (King & Hinds: 2003).
Kualiti hidup atau Quality of life(QOL) merupakan jangka waktu deskriptif yangmerujuk kepada emosi manusia, sosial dan fizikal yang sihat dan keupayaan merekauntuk berfungsi dengan tugas biasa dalam kehidupan (Leplege & Hunt: 1997).Kualiti hidup di Malaysia ditakrifkan sebagai merangkumi kemajuan diri, gayahidup yang sihat,kecapaian dan kebebasan untuk memperolehi pengetahuan dan menikmati taraf hidup yang melebihi keperluan asas dan psikologi individu, untuk mencapai tahap kesejahteraan sosial yang seiring dengan hasrat negara. Apabila sesebuah masyarakat beralih kepada suasana kehidupan yang pada amnya lebih baik, maka kualiti hidupnya dianggap telah meningkat (Unit Perancang Ekonomi: 2002).
Memahami kualiti hidup pada hari ini adalah penting dalam penjagaan kesihatandi mana sukatan kewangan tidak di ambil kira. Kualiti hidup ialah darjah kesejahteraan hidup yang dirasai oleh seseorang individu atau kumpulan manusia. Kualiti hidup bukanlah konsep yang nyata dan tidak boleh disukat secara terus. Selain itu, kualiti hidup mengandungi dua komponen. Pertama ialah dari aspek fizikal termasuklah kesihatan,diet, perlindungan daripada penyakit dan kesakitan. Komponen kedua ialah psikologi secara semulajadi. Aspek ini termasuklah tekanan, kebimbangan, kepuasan dan keadaanemosi yang negatif atau positif. Ini adalah mustahil untuk meramalkan kualiti hidup khususnya bagi seseorang individu. Gabungan sifat yang ada pada seseorang individu jarang mendorong seseorang individu untuk berpuas hati terhadap orang lain (Eiser &Morse: 2001).
Agaknyalah, sekrang ni, gelombang ketidakstabilan mental makin menjadi-jadi. Adakah ini juga penyebab ada individu mudah benar menerima perkara yang hanya imaginasi bayangan walaupun menerima nikmat kehidupan baik selama ini. Masih mengejar janji yang tidak pastinya.
Agaknya ini juga puncanya ada individu yang sentiasa menyokong perkara jelas dah salah tetapi masih menegakkan bahawa ianya adalah benar.
Comments
Post a Comment