NAK BERDAKWAH ISLAMIAH NI TAK PAYAH JOIN PAS PUN



Pu3 kagum dengan pelakon ini. Meletakkan prinsip dakwah Islam sebagai suatu keutamaannya tanpa mempolitikkan perbuatannya. Bukan seperti perempuan yang asyik meroyan dalam twitter nak tunjuk RIAK. Tayang kat istagram konon berdakwah. Sayang wajah cantik tak seindah hatinya.!
Baca lagi di sini....

HOT: PELAKON ALI SETAN TOLAK TAWARAN JOIN PARTI SYAITAN!!

KERAJAAN tidak, pembangkang pun tidak. Barisan Nasional bukan pilihan, jauh sekali memilih parti Pakatan Rakyat.

Itu pendirian yang dibuat oleh Ali Setan - gelaran yang diterima kerana watak yang dilakonkan dalam filem pecah panggung lebih 20 tahun lalu.

Si Ali Setan, atau nama sebenarnya Azmil Mustapha, insan seni yang pernah mewarnai persada perfileman negara dengan lakonan mantap serta keberkesanan aksi.

Dalam menyempurnakan apa sahaja watak yang dipertanggungjawabkan, termasuklah watak Ali dalam filem bergandingan dengan Fauziah Ahmad Daud, dia memang pakar.

Bapa kepada lima anak ini juga sebati dengan imej ranggi kerana sering mengenakan seluar jeans koyak, jaket kulit, kemeja-T lusuh, rambut diwarnakan beranika warna. Juga selesa menunggang motosikal scrambler pada zaman mudanya, satu gaya hidup lepas bebas dunia lelakinya.

Namun begitu, hidupnya kini jauh berubah. Malah, imej juga amat berbeza dengan gelaran Ali Setan yang pernah diterimanya.

Dia berhijrah meninggalkan gemerlapan dunia seni dan berjinak-jinak dengan bidang dakwah pada sekitar 1998.

Semenjak itu, dia lebih banyak menumpukan perhatian mendalami ilmu agama dengan beberapa orang tokoh agama terkenal serta aktif memberi ceramah agama di sana-sini.

Tidak terhad di Malaysia, dia juga turut memberi ceramah sehingga ke Brunei, Indonesia dan Singapura.
Sekitar Ogos 2011, bekas pelakon yang berusia 60 tahun ini dihambat kontroversi apabila isi ceramahnya di Masjid Kampung Subang, Subang disalah anggap.

Ekoran itu, beliau mula digelar 'sesumpah' politik kerana berselindung di sebalik nama pendakwah yang pentas ceramah sebagai platform menyebarkan fahaman politik.

"Tidak, saya tidak pernah menyebelahi dan tidak pernah menyertai mana-mana parti politik," demikian tegasnya dalam pertemuan dengan Mega di Selangor, baru-baru ini.

Nampak dia bertegas dalam isu itu. Tidak mahu namanya terus dikaitkan dengan cerita bukan-bukan, Azmil tidak mahu sembunyikan kebenaran.

"Jujurnya, darah politik tidak mengalir dalam jiwa saya. Saya juga membantah sekeras-kerasnya jika ada sesiapa yang cuba mengaitkan saya dengan mana-mana parti mereka ," katanya di awal perbualan ketika di cungkil penglibatannya dalam politik.
Menolak dengan baik

Azmil tidak menafikan dia pernah didekati oleh beberapa parti politik yang mahu menyunting dirinya untuk mengibarkan bendera parti mereka.

Beberapa kali ditawarkan menyertai UMNO dan Pas semenjak penghijrahannya. Azmil bagaimanapun berpegang kepada prinsipnya.

Semua tawaran dan pelawaan yang diterima ditolak dengan baik kerana dia berpandangan bidang tersebut bukanlah kepakarannya. Beliau percaya orang lain yang lebih layak untuk menyertai dunia politik, bukan dirinya.

"Ya, selepas penghijrahan beberapa tahun lalu, saya akui memang bertubi-tubi menerima pelawaan untuk menyertai UMNO dan Pas.

"Namun begitu, pelawaan tersebut saya terpaksa tolak. Untuk aktif apatah lagi bergelar ahli politik tidak pernah ada dalam rencana hidup saya.

"Biarlah orang lain yang lebih arif dan berminat menyertainya," katanya ketika ditemui di Hotel Grand Blue Wave hujung minggu lalu.

Tidak seperti rakan artis lain yang terjun ke medan politik selepas penghijrahan mereka, tidak pernah sekelumit pun di hati Azmil untuk mengikuti jejak langkah tersebut.

"Mungkin mereka sertai parti politik kerana ada habuan... tetapi bagi saya, kalau lakukan sesuatu perkara hanyalah kerana Allah kerana Allah yang akan memberi habuan," katanya sambil mengakui tidak pernah mengundi sepanjang hidupnya.

Azmil turut mengakui, pelawaan menyertai parti politik juga ditolak kerana beliau lebih senang menggandakan usaha dengan 'mendakap selimut syurga' yang akan memberi jaminan kepada kehidupan hari esok.

"Mendalami agama adalah ketenangan saya. Sudah lama saya tinggalkan gemerlapan dunia glamor sebagai anak wayang.

"Jadi untuk apa saya dedahkan diri saya kepada kekusutan yang lain pula? Politik bukan mudah.

"Biarlah jika rakan lain mahu aktif berpolitik, mungkin mereka ada sesuatu yang mahu dicapai.

"Saya lebih selesa kedamaian hakiki melalui aktiviti-aktiviti ibadah seharian, " jelas lelaki yang memiliki seraut wajah tenang dan tidak lokek dengan senyuman.

Sumber: gossiprakyat blog

Psssssttt: tu dia! Ni kira MENAMPAR TERUS muka Arbaiyah yang gah mencanang dia pejuang Islam. Walhal nampak bebenor dia adalah politician yang bertopeng atas nama dakwah Islam.

Jangan nak BOHONG Arbaiyah. Hang pu3 tengok tak nampak nak berdakwah. Kalau berdakwah Islam. Tak cerita perkara politik dan mengangkat parti yang disertai. Tak perlu mengaku konon kerana Agama Allah. Sebab perbuatan hang tak seiring dengan ikrar dalam twitter. Tengok tingkah dan gambar.. tak mencerminkan sungguh! Hang seorang pendakwah Islam.

#1MalaysiaTolakFITNAH
#BNBah
#JanjiDitepati
#PASHANYAPARTIPOLITIK
#PRKakiPenipu

Comments

  1. Gua Sokong..commonlah guy...xda faedahnyer berpolitik....cuba kita bersatu dan bergabung tenaga sesama Islam untuk menjaga negara kita!!!commonlah!!!xfaedahnyer buat tunjuk perasaan sana-sini....dunia xkan kiamat selagi orang islam xbersatu....sedarlah2 wahai manusia!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts