PENGURUSAN CEMERLANG JCK 4 TAHUN

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah telah meningkatkan peruntukan dalam tempoh lima tahun kepada Jabatan Cetak Kerajaan (JCK) dengan jumlah keseluruhan lebih RM90juta (Sembilan puluh) bagi keperluan tambahan peralatan jentera moden JCK disamping kenaikan emolumen perkhidmatan awam dimana semua peruntukan itu telah diuruskan dengan baik pihak pengurusan sehingga mampu mendapat pengitirafan empat (4) bintang daripada pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan indeks Akauntabiliti tahun 2011 oleh Jabatan Audit Negara.

Pada tahun 2008 sahaja JCK menerima peruntukan itu sejumlah RM11,239,170; Tahun 2009 RM12,602,310 ; Tahun 2010 sejumlah RM17,134,730 sementara tahun 2011 berjumlah RM17,223,901. Pada tahun 2012 menerima sejumlah RM16,650,510 dan sebanyak RM15,573,040 bagi tahun 2013.

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri,Dato Sri Nasir Tun Sakaran, berkata semua kejayaan itu hasil kerjasama semua pegawai dan kakitangan JCK yang sentiasa menunjukkan prestasi dan mutu kerja yang baik.

Sehubungan itu, Nasir menyarankan semua penjawat awam terus konsisten berkhidmat dengan penuh dedikasi sambil meningkatkan prestasi dan integriti serta kualiti keberkesanan penghasilan kerja yang relevan dengan kehendak semasa.

Dato Sri Nasir berkata demikian sempena Majlis Malam Jasamu Dikenang Jabatan Cetak Kerajaan dekat sini.

Hadirsama sempena majlis itu,Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPAN), Datuk Haji Nordin Siman; Pencetak Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Haji Salsidu Haji Ibrahim;Timbalan Setiausaha Tetap Kementeri Kewangan Negeri Sabah, Encik Abdul Muluk; Timbalan Pencetak Kerajaan,Karlam Amat serta kakitangan JCK Negeri Sabah.

Nasir berkata, persekitaran organisasi masa kini yang amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya menunjukkan perubahan persekitaran yang amat menuntut kebolehan, cara mengurus organisasi selain cara kerja serta pendekatan lebih efektif bagi mencapai tahap perkhidmatan memuaskan.

Katanya, antara perubahan yang ketara dalam masyarakat hari ini wujudnya perubahan citarasa dalam kalangan pelanggan yang semakin ketara dan mencabar.

Beliau menegaskan, ukuran kejayaan sesebuah organisasi dalam melaksanakan misi dan visinya ialah keupayaan memberikan kepuasan perkhidmatan dimana kepuasan itu lazimnya berkaitan dengan kualiti serta mutu perkhidmatan diberikan pada tahap diparas 'Standard' serta diterima pakai di peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu katanya, sebagai penjawat awam kita sentiasa dituntut menghasilkan perkhidmatan yang relevan dengan kehendak semasa  serta  sentiasa peka dan prihatin kepada harapan pelanggan dan 'Stakeholder' kepada agensi.

Sempena majlis itu Dato Sri Nasir menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan cemerlang 2011 kepada Puan Rufina Gondipun dan Puan Lailah Haji Burut; Mody Jonioh dan Puan Calista Mojitoh; Sijil Penghargaan Berkhidmat 35 tahun kepada tujuh orang kakitangan diketuai Timbalan Pencetak Kerajaan, Karlam Amat; Sijil Cenderahati Pemeriksa Verfikasi Stok kepada Sembilan orang kakitangan diketuai Puan Fauziah Jalimbun Abdullah; Sijil Cenderahati Majlis Bersama Jabatan (MBJ) kepada 10 orang kakitangan sijil penghargaan kepada seorang pesara wajib tahun 2012,Felix Willie Rodriguez

Comments

Popular Posts