HARI KELUARGA SAHABAT AIM: SUASA

BEAUFORT: Kerajaan telah mengadakan pelbagai bantuan dalam usaha mengeluarkan rakyat daripada kepompong kemiskinan.
           
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata kerajaan menerusi jabatan dan agensinya sentiasa berusaha untuk membantu rakyat dalam pelbagai aspek termasuklah usaha membuka peluang serta meningkatkan ekonomi mereka.
           
"Sehingga kini pelbagai peluang telah disediakan untuk membantu meningkatkan ekonomi rakyat," katanya pada sambutan Hari Keluarga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) peringkat Kampung Suasa dekat sini kelmarin.
           
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Lumadan Datuk Kamarlin Ombi, Ketua Daerah Lumadan Junli Yusuf, Pemaju Mukim Lumadan merangkap pengerusi penganjur Billeh Untol, Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun dan Ketua PBS Lumadan Roslan Muharam.
           
Beliau berkata antara peluang tersebut termasuklah skim dan juga bantuan di mana ianya bertujuan untuk meningkatkan lagi sumber pendapatan rakyat.
           
Katanya skim yang diperkenalkan oleh AIM adalah antara bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu rakyat keluar dari kepompong kemiskinan.
           
Menurutnya skim berbentuk pinjaman itu juga bertujuan untuk memberikan dorongan, galakan dan semangat kepada rakyat untuk berusaha meningkatkan sumber ekonomi masing-masing.
           
"Kita mendengar rintihan rakyat yang antara lainnya meluahkan keinginan untuk berniaga tetapi ketiadaan modal dan skim AIM diwujudkan adalah untuk membantu menunaikan hasrat tersebut.
           
"Skim AIM bukan sekadar memberikan pinjaman tetapi pada masa yang sama rakyat turut dibantu seperti diberikan motivasi, sokongan dan juga dorongan," katanya.
           
Sapawi memberitahu meskipun fokus skim itu hanya untuk perniagaan kecil-kecilan, namun ianya berupaya membantu meningkatkan ekonomi keluarga.
           
Menurutnya jika skim itu dipergunakan dengan sebaik mungkin, ianya berupaya memberikan pulangan yang terbaik dan seterusnya mampu membawa rakyat keluar daripada kepompong kemiskinan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts