10,000 POLIS SEDIA UNTUK PRU-13


KOTA KINABALU: Polis menasihatkan semua pihak termasuk parti-parti politik di negeri ini untuk terus mematuhi undang-undang ketika melakukan kempen bersempena pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya berlaku insiden di luar batasan undang-undang seperti mana termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Sepertimana yang diketahui umum, kita sedang bersiap sedia menghadapi PRU13 apabila Perdana Menteri bertindak membubarkan Parlimen dalam masa terdekat ini.

"Oleh demikian, bagi memastikan aspek keselamatan dipertingkatkan, kita meminta kepada mana-mana pihak terutamanya parti-parti politik untuk mematuhi Akta Perhimpunan Aman sekiranya ingin berkempen.

"Kita menasihatkan untuk memaklumkan kepada ketua-ketua polis daerah sebelum melakukan perhimpunan dan sekiranya berdegil, polis akan mengambil tindakan berpandukan undang-undang sedia ada," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus acara Perhimpunan Bulanan Januari 2013 di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Sabah di Kepayan kelmarin.

Mengulas lanjut mengenai persediaan polis menjelang PRU nanti, Hamza menjelaskan pihaknya kini telah bersedia dari segenap segi termasuklah daripada aspek logistik, kekuatan anggota kontinjen serta penugasan tertentu.

"Di antara persiapan yang telah dibuat adalah termasuk mengadakan kursus, mengenal pasti bentuk penugasan pilihan raya, sokongan logistik dan sebagainya.

"Dengan kekuatan seluruh kontinjen iaitu kira-kira 10,000 anggota termasuk dari unit udara, unit risikan, Pulapol, marin serta PGA, polis telah bersiapsiaga dalam menghadapi setiap situasi pada PRU yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Kekuatan ini kelak akan merangkumi penugasan bersempena pilihan raya dan tugas hakiki polis. Oleh demikian, kita kini bersedia menggalas amanah memastikan keamanan serta kententeraman rakyat terus terpelihara," katanya.

Sumber: the borneo post

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts