KERAJAAN PRIHATIN: BR1M 2.0


SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,mengingatkan semua penerima  Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M2.0) tidak perlu berebut-rebut kerana semua penerima yang sudah menerima surat tawaran penerimaan bantuan akan tetap dapat hak mereka selaku rakyat yang layak menerima bantuan itu.

Katanya,penerima seharusnya bersabar dan  memberikan kerjasama kepada semua petugas yang melaksana penyampaian Pembayaran Baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M2.0) di daerah masing-masing demi keselesaan dan kelancaran semua penerima.

Dato Sri Nasir  yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Senallang  berkata demikian sempena merasmikan majlis penyampaian pembayaran baucer BR1M2.0 bagi DUN Senallang kepada lebih 1,500 orang penerima bagi fasa pertama di sini.

Hadirsama sempena majlis itu Pegawai Daerah Semporna, A.M.Ibnu A.K.Baba; Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Kawasan DUN Senallang,Haji Tahir Amir; Pemimpin Unit Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat DUN Sulabayan, Mohd Fadzil Haji Sapal dan  Ketua Daerah Semporna Kawasan DUN Senallang, OKK Haji Musa Sabaani dan kakitangan UPKR Dun Senallang,Bugaya dan Sulabayan.

Nasir berkata, BR1M 1.0 dan 2.0 merupakan sebahagian daripada tanda kasih sayang kerajaan kepada rakyatnya yang layak menerima bantuan dan bukannya seperti apa yang sering diputarbelitkan oleh pihak tertentu yang sengaja memanipulasi niat baik kerajaan yang ingin membantu rakyat khusus golongan rakyat miskin dan kurang upaya.

Katanya, rakyat Malaysia memang bertuah selain menikmati kehidupan yang aman, makmur dan selamat malah hidup rukun damai bersama pelbagai ethnik serta saling berperasaan muhibbah dalam perpaduan yang terjalin erat.

Sehubungan itu,Dato Sri Nasir yang juga Timbalan Ketua bahagian UMNO Semporna, menasihati rakyat kawasan itu sentiasa berterima kasih kepada kerajaan yang cukup prihatin membela rakyat serta tidak pernah meminggirkan semua kaum menikmati pelbagai pembanguan serta bantuan sewajarnya.

Beliau juga mengingatkan rakyat negeri ini tidak terpesona dengan propaganda yang sengaja disebarkan pihak pembangang yang cuba menafikan hasil usaha dan pembangunan yang telah,sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini.

Nasir menambah, penduduk juga perlu terus mengutamakan perpaduan kaum,persefahaman serta tidak berpecah belah sebaliknya sentiasa bermuafakat menyelesaikan apapun permasalahan demi keharmonian sesama penduduk disamping mengeratkan hubungan dengan kaum-kaum yang lain berlandaskan konsep 1Malaysia.

Nasir berkata,kerajaan BN sentiasa peka dan prihatin membantu rakyat keseluruhannya tanpa memikirkan ideologi politik, kaum mahupun fahaman agama termasuk masyarakat di luar bandar yang sememangnya banyak memerlukan pembangunan infrastruktur dan pembangunan asas.

Beliau juga turut menyarankan semua penerima bantuan itu (BR1M2.0) memanfaatkanya untuk keperluan keluarga dan membelanjakannya dengan bijak.

#KerajaanPrihatin
#1MalaysiaTolakFITNAH
#BNBah
#JanjiDitepati
#PASHANYAPARTIPOLITIK
#PRKakiPenipu

Comments

Popular Posts