BAYI MANGSA DERA PEMBANTU RUMAH MASUK HTAA RAWATAN LANJUTAN


KUANTAN: Bayi lelaki berusia empat bulan yang menjadi mangsa dera pembantu rumahnya pada Jumaat lepas dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan lanjut.

Menurut ibunya, Nina Suraya Sulaiman, 24, Mohamed Hareez Mohd Zamri dibawa ke HTAA kira-kira jam 8.30 malam kelmarin selepas dia didapati tidak bergerak seperti biasa walaupun dalam keadaan tidur.

"Malam tadi (kelmarin) selepas semua tetamu yang mengunjunginya pulang, saya cuba mengejutkannya. Saya ingatkan dia tidur tetapi tiada sebarang reaksi," katanya ketika ditemui pemberita di HTAA semalam.

Katanya, dia maklumkan perkara itu kepada ahli keluarga yang lain sebelum membawa anak sulungnya itu ke HTAA.

Nina Suraya berkata, pihak hospital telah menjalankan ujian imbasan dan beberapa pemeriksaan lain ke atas anaknya, namun laporan penuh pemeriksaan masih belum diketahui.

"Saya harap semuanya baik dan jika dilihat keadaan anak saya, dia sudah minum susu seperti biasa walaupun berada dalam keadaan lemah," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Aziz Ahmad berkata pembantu rumah berusia 24 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret hari ini mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

Pada 15 Feb lepas, bapa kepada bayi itu, 42, membuat laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya itu di ruang tamu sehingga terjatuh mengalami lebam-lebam di tangan dan cedera di kaki kiri.

Lelaki berkenaan melihat kejadian itu menerusi rakaman kamera litar tertutup melalui komputer riba semasa minum pagi di sebuah restoran pada jam 7.45 pagi.

Lelaki berkenaan bergegas pulang ke rumahnya di Bukit Setongkol dan membawa bayinya ke HTAA untuk pemeriksaan lanjut.

Pembantu rumah tersebut ditahan pada hari yang sama. — Bernama

Nampaknya selepas ini. Proses memilih pembantu rumah bukan sahaja pada kemahiran berkhidmat tetapi perlu melalui proses pemeriksaan kesihatan termasuk ujian kewarasan! Dahler sekarang majikan dibebani bayaran mahal. Ahlu keluarga cedera.. nak minta syarikat pembekal pembantu rumah tu bayar semua ker?

Comments

  1. DULU MEMANG PATUT PUN CINA TU SETERIKA MUKA AMAH INDON TU. DALAM 10 ORG AMAH INDON NI 12 ORG PUN SUSAH NAK PECAYA. CKP ALA2 SEDIH, MISKIN SUSAH ETC TAPI PERANGAI HARAMJADAH PENIPU BANGSAT, CELAKA, KALAU ADA PELUANG, MEREKA PASTI DIULANGI PASTI AKAN MENCURI !!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts