USAH TERLALU MEMILIH KERJA.


SEMPORNA:Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran,menyarankan golongan belia khususnya lepasan sekolah merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Katanya,peluang itu harus dimanfaatkan sepenuhnya sebagai landasan utama menimba pengalaman serta mempelajari sesuatu bidang kerjaya demi untuk kemajuan diri sendiri selain berbakti kepada negara.
"Ambilah peluang yang diberikan agensi-agensi kerajaan dan swasta tanpa terlalu memilih pekerjaan,"kata Nasir.

Nasir berkata demikian sempena menghadiri Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Peringkat Daerah Semporna di sini.

Program anjuran bersama Pergerakan Pemuda UMNO Semporna dengan Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja Sabah di sini disertai lebih dua ribu orang golongan belia pelbagai peringkat usia.

Sebanyak lebih 20 agensi-agensi swasta dan kerajaan mengambil bahagian menawarkan peluang pekerjaan untuk diisi golongan belia dan beliawanis yang layak dan berminat.

Hadir sama sempena majlis itu,Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Biro Ekonomi dan Keusahawanan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan pengerusi KPTM Malaysia,Dato Sohaimi Shaadan ; Pengarah Kanan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sabah,Mohd Saufi; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Semporna,Mohd Azis  Jamman;Pemimpin UPKR DUN Senallang, Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna DUN Senallang,OKK Musa Sabaani dan Ketua Masyarakat Cina Kawasan Bubul,Datuk Chao Yan San dan Ketua Masyarakat Cina Zon Bandar, Kapitan Ong Hang Seng.
Nasir yang juga Wakil Rakyat kawasan DUN Senallang berkata, program itu diadakan bagi memastikan golongan muda di daerah itu mendapat pekerjaan dan terlibat dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Sementara itu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Semporna,Mohd Azis Jamman dalam ucapannya menjelaskan program francais yang dianjur serentak dengan karnival kerjaya itu bertujuan memberi pendedahan kepada golongan muda tentang kemudahan disediakan  pihak Kerajaan melalui Perbadanan Nasional Berhad(PNB) semata-mata untuk membolehkan generasi muda kurang kebergantungan dengan mengharap jawatan-jawatan di sektor kerajaan sebaliknya menceburkan diri dlm bidang keusahawanan.

Katanya,perniagaan francais seperti Mcdonalds, 7-Eleven, Orange dan yang lain sebenarnya boleh diceburi dengan syarat golongan muda itu memahami konsep dan mempunyai minat.
Mohd Aziz,menjelaskan perniagaan francais kurang diceburi orang muda sedangkan perniagaan itu boleh membawa pulangan yg lumayan.

Ujarnya menambah, melalui program tersebut, pihak PNS memberikan garis panduan, cara menceburkan diri dlm bidanng francais dengan syarat dan yangg paling penting bantuan yg boleh diperolehi daripada kerajaan

Comments

Popular Posts