BELI TRELER, BUKANNYA UNTUK RAKYAT PUN!!!

Sebelum ini, Si Nik Aziz keluarkan kenyataan kononnya pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diberikan oleh Kerajaan tidak mengikut hukum Islam.

Si Nik Aziz tu jugak turut menggambarkan bahawa orang yang bagi bantuan tersebut hanya menjadikan rakyat sebagai 'Haiwan Ternakan' semata - mata.

Kenyataan tersebut disokong pulak oleh Si Hadi Awang yang turut menggelarkan penerima bantuan tersebut sebagai BODOH belaka. Kiranya, dia je yang cerdik.

Kemudian, kita dengar pulak kenyataan dari Si Azhar Idrus yang menyokong kedua - dua kenyataan dari pemimpin Parti Angguk Saja tu.

Biar pun pandangan yang dilontarkan oleh Si Azhar Idrus tu dilihat sebagai berat sebelah, tapi rakyat dapat menilaikannya dengan jelas.

Dan ternyata, bukan sahaja rakyat biasa, malah ahli - ahli PAS sendiri ada yang tersinggung dengan kenyataan pemimpin parti yang KONONnya memperjuangkan Islam tu.

Walaupun pada hakikatnya, puak - puak Rejim Pakatan sendiri melakukan perkara yang sama, namun ianya tidak menjadi salah buat mereka.

Bila ditanya mengenai perbezaan diantara tindakan Kerajaan Pusat dengan Rejim Pakatan, mereka kata bantuan dari Rejim Pakatan tu untuk membantu rakyat. Pulak dah!!!

Habis, yang pihak Kerajaan bagi bantuan BR1M tu bukan untuk membantu rakyat ke? Padahal dah terang - terang namanya BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA.

Pun diorang kata itu bukan bantuan jugak? Pun diorang masih nak kata yang ianya HARAM disisi agama Islam? Nah! Ini satu persoalan yang SH nak tanya pada Ustaz - Ustaz PAS ni.

Bagaimana pulak dengan tindakan PAS yang jelas menghabiskan duit beratus ribu untuk membeli treler semata - mata untuk kegunaan mereka berkempen nanti?

Tidakkah itu boleh dianggap sebagai satu pembaziran yang jelas dan nyata? Adakah tindakan membazir sebegitu besar dianggap satu perbuatan yang tidak berdosa?

SH ingatkan kepada puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Jangan dok kaji la salah orang lain kalau diri sendiri pun buat benda tak betul. Setakat cakap orang je, baik tak payah. Kot kalau nak jadi ketam sekali pun, jangan la nak menyusahkan orang lain!!!

Sumber: semut hitam blog

Ps: nik aziz tahu cakap je. Apa yg utk dirinya akan berubah HALAL walaupun haram. Tetapi yang bertentangan dengan kehendak dirinya. Walau halal dari segi hukum Islam tetap HARAM baginya. Inilah nak diagungkan kononnya ulamak @ulamah yang dikritik sama kononnya menghina Islam oleh pentaksub nik aziz? Nampaknya merekalah kena bertaubat dan kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam

Comments

Popular Posts