KERAJAAN BN JANJI DITEPATI. JANJI PEMBANGKANG "SULI SULU KAMAHUNG"
SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,mengingatkan rakyat negeri ini terus memberikan sokongan padu kepada semua pemimpin dan parti Barisan Nasional(BN) demi kesinambungan pembangunan dan transformasi yang telah dan sedang dilaksanakan sejak kerajaan BN memerintah Negara ini.
Katanya, kerajaan BN ikhlas membela nasib rakyat dengan misi Tradisi Membela Rakyat dan Janji Ditepati bukannya seperti pembangkang yang hanya tahu bercakap seumpama "Suli-Suli Kamahung".
Nasir berkata demikian sempena majlis Ziarah Rakyat dan & penyampaian Kad Pengesanan Pengundi di Kampung Sakong Sri Aman; Kampung Sejati dan Kampung Simunul dab-Dab dekat sini.
Hadir sama sempena majlis itu Ketua Daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabaani; Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah Kawasan Semporna, Hassan Gabrah; Timbalan Ketua Bahagian PBS Semporna, Lee Chong Wah;Pegawai Perhubungan Adun Senallang Haji Zainal Jalaludin; Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun Senallang,Roslan Jalaludin; Panglima Ulung Mandangan; Ketua Kampung Sejati, Teddy Usbah; dan Unit Gerak Khas Pejabat Dun Senallang.
Nasir berkata,rakyat tidak usahlah mendengar ocehan pembangkang yang suka menyebar propaganda untuk mengelirukan pemikiran rakyat memburuk-burukkan kerajaan BN yang sejak dulu, kini dan selamanya berbakti serta memperjuangkan nasib rakyat.
Beliau menegaskan,hanya kerajaan BN yang mampu membawa kesejahteraan,kemakmuran dan keamanan Negara ini yang telah dibuktikan sekian lama.
Nasir menjelaskan,bantuan kerajaan yang disampaikan kepada rakyat terutamanya Bantuan Rakyat 1Malaysia 01 & 0.2 bukanlah kerana memancing undi dalam pilihanraya tetapi ianya kesinambungan Tradisi Membela Rakyat khususnya rakyat yang kurang berkemampuan.
Sehubungan itu Nasir yang juga Wakil Rakyat Kawasan Senallang,meminta semua penduduk dan pengundi di kawasan ketiga kampung itu sentiasa bersatupadu dan memelihara hubungan silaturrahim sesama masyarakat.
Katanya, tiada gunanya Negara ini aman dan makmur seandainya rakyat hidup dalam huru-hara dan tidak mengamalkan perasaan muhibbah dan mesra kaum.
" Tanpa kasih sayang sesama rakyat dan pemimpin sesebuah Negara itu,kita tidak akan dapat merasa nikmat pembangunan dan kesejahteraan seperti apa yang kita ada hari ini,"kata Nasir.
Comments
Post a Comment