NASHA MASIH ANGGOTA PAS

KUALA LUMPUR 2 Feb - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hari ini menegaskan beliau akan kekal sebagai anggota Pas dan statusnya sekarang yang digugurkan daripada Majlis Syura Pas tidak akan menghalangnya untuk terus mempertahankan perjuangan asal parti.

Menurut Nasharuddin, beliau aKan kekal di dalam parti (Pas) bagi memastikan perjuangan asal parti tersebut (menegakkan Islam) tidak 'dicairkan' berikutan hubungan Pas bersama PKR serta DAP.

"Tidak betul kata kalau tak jadi anggota Majlis Syura tidak boleh bersuara, saya masih boleh bersuara sebagai anggota biasa akar umbi parti. Saya mahu perjuangan asal Pas kekal, bukan sewenangnya dicairkan ikut kemahuan rakan pembangkang lain.

"Pas sebelum adanya pakatan pembangkang ini punyai kekuatan bagi berdiri dan maju sendiri sebagai sebuah parti yang perjuangkan Islam. Namun kekuatan itu dicairkan sedikit demi sedikit demi memenuhi kehendak pakatan itu," katanya kepada pemberita di kediamannya di Bandar Bukit Mahkota, Kajang di sini.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Nasharuddin masih kekal anggota Pas walaupun dipecat daripada Majlis Syura Ulama Pas, dan Nasharudin juga tidak disenarai sebagai calon Pas pada pilihan raya umum ke-13.

Tambahnya, beliau menyertai Pas kerana parti itu dahulunya sentiasa konsisten memperjuangkan isu Islam namun kini, parti itu perjuangan itu semakin hilang.

"Kini, kepentingan politik itu diambil kira terlebih dahulu. Ia semakin melampau apabila semakin menghilangkan identiti Pas sebagai parti yang sentiasa konsisten memperjuangkan Islam, malah mula menenggelamkan suara akar umbi yang mahu perjuangan Islam itu di depan," katanya.

Mengulas mengenai pemecatannya daripada Majlis Syura, beliau akur dengan keputusan tersebut walaupun masih belum menerima surat rasmi daripada parti tersebut.

"Saya akur dengan keputusan majlis itu, tetapi sehingga kini selepas lebih dua minggu saya hanya mengetahuinya melalui media tanpa apa-apa surat rasmi... saya juga ingin tahu apa status keanggotaan saya sekarang," ujarnya.

Beliau turt menafikan bahawa beliau menerima habuan daripada Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk berpaling tadah sambil menegaskan perjuangan Islamnya tidak boleh dijual beli. 

"Ini adalah sumbangan saya untuk negara, tidak kira Umno, BN atau Pas, sekiranya ada peluang bagi saya membela nasib umat Islam dan memperjuangkan Islam, saya akan ambil.

"Pihak Umno dan BN menerima pendirian saya ini dengan tangan terbuka, mereka tidak kisah saya orang Pas. Sebagai seorang rakyat Malaysia bila negara mahukan saya menyumbang demi kemajuan Islam dan rakyat, saya terima dengan hati terbuka," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan beliau mengikut lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini dan Makkah tidak lama dahulu sehingga menimbulkan kontrovesi di kalangan penyokong pembangkang.
Sumber: KLPos dot com

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts