PAS YANG CELARU SEBENARNYA DALAM KES USTAZ NASHA


Setuju!!!! PAS sebenarnya melihat ustaz Nasha adalah individu yang perlu dilenyapkan dalam PAS. Kalau tak, kekeliruan tidak akan berlaku .

Dalam PAS ni. Tidak sekata keputusan sudah sinonim. Tengoklah keputusan mempertahankan kalimah Allah. Dalam 1 parti pun dah berbeza makluman dan ketetapan. Majlis Syura kata lain. Kata presiden dan timbalan presiden PAS pula sebaliknya. Tak seiring.

Baca lagi di bawah :

USTAZ NASHA KELIRU DENGAN PAS

Surat rasmi pemecatan anggota Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa, sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS akhirnya sampai ke tangan beliau semalam selepas dipecat kira-kira dua minggu lepas.
Namun kekeliruan terjadi bila 2 pemimpin tertinggi PAS mempunyai kenyataan berbeza dengan status keahlian beliau.
   
Mursyidul Am PAS mengatakan dengan pemecatan Ustaz Nasha daripada Majlis Syura Ulama, beliau automatik dipecat sebagai ahli tetapi presiden pula berkata sebaliknya.


Memang selama ni pun PAS tiada kata sepakat dalam mana mana kenyataan, perlembagaan PAS sendiri pun tidak diguna pakai oleh kepimpinan tertinggi yang boleh suka suka pecat ahli tanpa dipanggil untuk membela diri.

Jadi dalam hal ustaz Nasha ni tidak perlulah menjadi kejutan kepada mana mana ahli PAS yang lain, sebab undang undang PAS sekarang bukan ditentukan oleh kepimpinan atau jawatankuasa PAS tapi ianya ditentukan oleh tangan tangan hitam yang menyelinap masuk.

Kerana terlalu risau akan kedudukan PAS serta pemimpin mereka dalam Pakatan, maka mereka (PAS) akan menuruti sahaja apa kehendak parti sekutu mereka, tambahan pula pilihanraya sudah hampir.

Tapi satu cabaran dari ustaz Nasha bahawa beliau menunggu surat pemecatan beliau sebagai ahli PAS, tapi berani ke pemimpin PAS nak pecat ustaz Nasha sebagai ahli parti?

Kekuatan ustaz Nasha dalam PAS juga perlu diambil kira oleh kepimpinan.

Sumber: sangkakalajari blog

Ps: pu3 menanti apa pula keputusan yang bakal dikeluarkan oleh PAS selepas ini. Dan pu3 tabiklah dengan ustaz Nasha ni. Soal parti politik dia dah jelas lagi terang katakan dia ahli PAS. Tetapi dalam soal agama. Parti politik letak ke tepi!


Macam tulah ustaz Nasha. Bukan macam seorang perempuan tu. Tak sedar diri langsung. Jual nama kata pejuang Islam walhal mengejar popular dan nampak sangat nak meletakkan kedudukan kukuh dalam politik.

Comments

Popular Posts