PRESIDEN ANAK: 5 YANG LAIN DIARAH KEMUKA FAIL PEMBELAAN

KUALA LUMPUR 8 Feb - Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan lima lain yang disaman oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memfailkan pembelaan sehingga 22 Februari ini.
 
Lima defenden lain yang mendapat perintah sama ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah,Ahmad Lufti Othman, Pengarang Harakah, Taufek Yahya, penulis Mohd. Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd.
 
Perintah tersebut dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Chaterine Nicholas. 
 
Peguam yang mewakili Felda, Abu Bakar Isa Rahmat berkata, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang dinamakan sebagai defenden ketujuh masih gagal menghadirkan diri ke mahkamah.
 
Tarikh 18 Mac merupakan hari untuk perngurusan kes di hadapan Hakim Lee Heng Cheong.
 
Bulan lalu, Felda memfailkan saman terhadap Mazlan dan enam yang lain ekoran  daripada kenyataan Mazlan, akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang membuat tuduhan Felda menjual minyak sawit mentah kepada Israel.
 
Felda mendakwa bahawa Mazlan telah memuat naik kata-kata fitnah di laman sosial facebook miliknya pada 19 November tahun lepas dan empat hari selepas itu (23 November), Mazlan mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu perhimpunan yang dilakukan di hadapan pejabat Felda.
  
Dakwanya, kenyataan fitnah yang dikeluarkan Mazlan telah diterbitkan semula oleh defendan kedua hingga keenam menerusi beberapa artikel di akhbar Harakah pada 26 hingga 29 November tahun lepas.
 
Felda mendakwa kenyataan fitnah tersebut telah menjejaskan reputasi Felda dan menuntut ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah dan kos ke atas semua defenden.
 
Sumber: KLPos Dot Com

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts