KERUSI BN DAPAT DIPERTAHANKAN DI BEAUFORT

BAUFORT: UMNO Beaufort yakin dapat mempertahankan kerusi parlimen kawasan itu pada pilihan raya umum akan datang, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jamil Khir yang juga 'bapa angkat' UMNO Beaufort berkata keyakinan itu berdasarkan maklum balas penduduk yang menunjukkan sokongan meningkat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Kesepaduan semua sayap UMNO di bawah pimpinan Isnin Aliasnes selaku pemangku Ketua UMNO Beaufort, Alhamdulillah, saya lihat Beaufort antara kubukuat yang akan kembali kepada BN," katanya pada sidang akhbar selepas pertemuan dengan empat sayap UMNO bahagian itu, di sini semalam.

Kerusi Parlimen Beaufort kini disandang bekas Ketua UMNO bahagian itu Datuk Seri Lajim Ukin yang memenanginya pada 2008. Bagaimanapun Lajim bertindakmelepaskan semua jawatannya dalam UMNO pada Julai tahun lepas.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata masyarakat Sabah bijak menilai bahawa selama ini BN banyak membantu dalam kehidupan mereka.

Mengulas isu berbeza, Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan kerajaan menerusi Tabung Haji tidak mengamalkan kuota mengikut negeri dalam menentukan jemaah haji negara ini.

"Kuota haji mengikut DUN (Dewan Undangan Negeri) dengan peruntukan 300 orang bagi setiap kawasan itu tidak betul dan kita ada juga mempertimbangkanpermohonan daripada kerajaan Sabah selain mereka yang terpilih dari program tajaan haji 1Malaysia Development Berhad," katanya.

Katanya, soal kuota negeri atau kawasan seharusnya tidak timbul kerana jumlah jemaah haji setiap negeri tidak pernah dikurangkan dan kuota jemaah haji negara ditetapkan kerajaan Arab Saudi mengikut jumlah penduduk Malaysia.

Sejak dua tahun lepas, kuota jemaah Malaysia dinaikkan kepada 28,000 orang berbanding 26,000 sebelum ini, katanya.

Beliau mengulas mengenai risalah yang diedar pembangkang yang menjanjikan kuota 300 jemaah haji setiap DUN jika mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-13. — Bernama

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts