KANTOI!!! MAHFUZ SEBAR SURAT PALSU!

Dah terdesak sangat kot orang tua ni. Kalau nak sangat menjatuhkan lawan. Janganlah tunjuk ketidakcerdikan tu secara jelas lagi terang bersuluh. Jatuhkan lawan. Tunjuk kelemahan dan keburukan. Bukan guna teknik kotor! Cipta fairytale story!

Baca di bawah ni dulu .....

Dekat-dekat pilihanraya ini apa ada main rembat saja. Janji dapat buat riuh kerajaan pembohong dan putar alam. Gara-gara ini juga Datuk Mahfuz Omar kantoi. Jawatannya dalam PAS bukan kecik anak… Naib Presiden.
Sepatutnya Ahli Parlimen Pokok Sena ini belajar dari pengalaman yang baru saja dilalui oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang kantoi akibat heboh kisah kononnya kerajaan Jepun ada bagi pampasan RM207 billion kepada mangsa Perang Jepun.

Nak kata tak ada akai… mereka pembesar PAS. Ia sekaligus mengambarkan mentaliti cacamarba mereka.

Lain kali tengok kiri kanan dan check dulu sebelum nak kaut publisiti murahan panggil wartawan ke sidang akhbar segala macam dengan niat nak buat pendedahan sensasi.

Mana agaknya Mahfuz nak sorok muka apabila sah didapati surat yang beliau dok heboh Rabu konon telah dikeluarkan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk tipu kad pengenalan di Sabah nyata PALSU.

Surat berkenaan didakwa meminta pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan ke Sabah.

Mahfuz bimbang kad pengenalan yang hendak dilupuskan ini diberi kepada warga asing di Sabah yang akan membenarkan mereka mengundi pada pilihan raya.

Surat arahan itu ditandatangani Pengarah Bahagian Kad Pengenalan, Md Solehan Omar dari ibu pejabat JPN di Putrajaya bertarikh 14 Disember 2012 dan dihantar kepada semua pengarah JPN peringkat negeri dan daerah.

Menteri Dalam Negeri kata," Ia merupakan surat palsu, tuduhan yang dibuat oleh pihak tertentu. Itulah suasana landskap politik hari ini. Saya minta orang ramai yang majoritinya tiada kepentingan politik supaya jangan terikut-ikut dengan tuduhan seperti itu."

JPN tidak pernah mengeluarkan surat arahan seumpama itu dan menyifatkan tindakan itu lebih bermotif politik bagi menjejaskan imej kerajaan, lebih-lebih lagi dalam suasana menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Satu laporan polis berhubung surat palsu itu akan dibuat Ketua Pengarah JPN Datuk Jariah Mohd Said.

Baru-baru ini Kementerian Kewangan terpaksa keluar kenyataan beritahu dakwaan bekas Menteri Besar Perak, Nizar adanya surat mengesahkan pembayaran RM207 billion dari kerajaan Jepun kepada mangsa landasan maut Burma-Thailand dalam Perang Dunia ke2 adalah palsu.

Dalam pada itu kerajaan Jepun sendiri menerusi saluran diplomatik meminta kerajaan Malaysia bertindak terhadap mereka yang terlibat sebar dakwaan palsu itu.

Akhirnya kerana riak dan terburu-buru nak cipta nama… Parti Islam Semalaysia kena tanggung malu.

Sumber: kulaan niring blog

Inikah dikatakan pejuang Islam. Tapi amalkan PEMBOHONGAN DAN FITNAH. MANA  surah dalam Al Quran kata Islam membenarkan 2 perkara itu dilakukan dalam perjuangan? Sebut sahaja. Surah apa ayat keberapa.

Kalau nak tarik perhatian rakyat sabah sekalipun. Jangan nak kelentong lah pakcik. Rakyat sabah bukan mudah nak diperbodohkan.

Patutlah Arbaiyah suka bebenor PAS ni. Dah warisan sama jenama. MUNAFIK DAN RIAK. Sinonim dengan perwatakan perempuan bernama Arbaiyah.

#PASHANYAPARTIPOLITIK
#PRKakiPenipu
#1MalaysiaTolakFITNAH
#BNBah
#JanjiDitepati

Comments

Popular Posts