ZAINON BONGKAR PENIPUAN TABUBG MANGSA MAMALI


KUALA LUMPUR 8 Feb - Satu laporan polis mengenai isu penipuan wang-wang balu dan kewangan yang melibatkan bengkel jahitan mamali untuk balu-balu telah dibuat oleh penulis buku Kafirkah Aku? dan Air Mata Di Bumi Memali, Zainon Ismail kelmarin.

Zainon yang lebih dikenali sebagai CN Al-Afghani berkata kerajaan Malaysia telah membayar ganti rugi sebanyak RM20,000.00 setiap orang kepada 14 waris mangsa memali ketika peristiwa itu berlaku pada tahun 1985.

"Melalui wakil perhubungan Pas Negeri Kedah, Kasim Mohd Isa telah mengambil kembali wang sebanyak RM1,500 daripada waris ataupun balu-balu atas alasan urusan yang berkaitan perbicaraan dimakhamah.

"Setahu saya semua pembelanjaan berkaitan urusan perbincangan itu ditanggung sepenuhnya oleh kewangan dari mangsa tabung memali yang diwujudkan oleh Pas pusat pada tahun 1986," katanya ketika membuat sidang media di Hotel Antarabangsa Kuala Lumpur disini, malam tadi.
 

 
Beliau juga menegaskan, Tabung Mangsa Memali yang ditubuhkan oleh Pas pusat pada tahun 1986 sepatutnya membiayai kos pengurusan guaman yang dikutip bukannya mengambil kembali wang yang diambil oleh waris-waris itu.


Beliau turut difahamkan bahawa kos urusan guaman untuk tidak orang saksi adalah tidak melebihi RM2,000.
"Disinilah wujudnya kes penipuan dari perhubungan Pas negeri Kedah terhadap wang balu yang dikumpulkan sebanyak RM21,000.00," ujarnya.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan hasil jualan mesin jahit kepunyaan bengkel jahit Memali yang bernilai RM30,000.00 yang dipercayai dijual kepada Syarikat HPA di Perlis.

"Saya juga percaya bahawa terdapat penyelewengan hasil jualan beberapa mesin jahit kepunyaan Bengkel Jahitan Mamali berjumlah lebih kurang RM30,000.00 yang saya difahamkan telah ditutup atas arahan Muhamad Yusuf Husin yang dijual kepada Syarikat HPA dari Perlis.

"Sehingga kini, hasil Jualan tersebut tidak pernah diserahkan kepada Bendahari Bengkel iaitu Solehah Hj Husin," katanya.

Tegasnya, laporan polis yang dibuat itu bagi membela nasib mangsa memali secara berterusan.

Sebelum ini, beliau menyahut cabaran Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar dengan membuat laporan polis berhubung dakwaan penyelewengan Tabung Memali di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Zainon yang merupakan salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali membuat desakan tersebut selepasm tidak sanggup lagi melihat hak serta harta anak yatim, balu dan mangsa Memali 'diratah' pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: KLPos dot com

Comments

Popular Posts