#PAU2015: NAJIB RASMI DENGAN UCAPAN "MENYEMPURNAKAN SEBUAH PERJUANGAN"
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2015 dengan ucapan bertajuk "UMNO: Menyempurnakan Sebuah Perjuangan".
Segak menggayakan baju Melayu berwarna merah, Perdana Menteri tiba di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra tepat 9.25 pagi sambil diiringi alunan selawat serta marhaban.
Sebelum itu, Najib memeriksa perbarisan anggota Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, dan upacara menaikkan bendera UMNO di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Ucapan Najib itu pastinya dinanti-nantikan oleh 2,654 perwakilan dari 191 bahagian yang menghadiri perhimpunan tahunan selama tiga hari sehingga Sabtu.
Perhimpunan itu turut dihadiri pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dan turut mendapat perhatian daripada 119 delegasi dari 21 negara.
Kelainan nyata terserlah kali ini apabila kebanyakan anggota Majlis Tertinggi selain perwakilan terutama lelaki turut memakai baju Melayu sedondon dengan Najib berwarna merah berbanding sebelum ini beraneka warna, dan ini mempamerkan semangat kesatuan parti itu.- BERNAMA
Comments
Post a Comment