#PAU2015 : "I'M A GENTLEMAN".KATA NAJIB
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pendirian beliau yang tidak akan sesekali menyerah kalah dan akan terus memimpin UMNO di sebalik asakan dan tekanan dari dalam partinya.
Malah tegas Najib, beliau akan terus bertahan dan menyelesaikan segala masalah yang melanda negara dan parti.
"Jika sekalipun pada suatu masa kelak, baton kepimpinan ini akan diserahkan kepada orang lain, dalam Bahasa Inggerisnya, I can't just abandon our cause and drop our mission, tanpa dengan terlebih dahulu berikhtiar," kata Najib semasa menyampaikan ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2015 pagi ini.
Beliau turut memanfaatkan pentas ucapan berkenaan untuk menjawab segala kritikan pelbagai pihak terutamanya bekas Presiden UMNO sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya juga manusia seperti saudara dan saudari semua, masing-masing, punyai kelebihan dan kekurangan."
"Tetapi bagi saya, I am a gentleman, apa-apa kekusutan pun, marilah berjumpa, duduk berbincang, kita selesaikan melalui saluran yang betul," kata Najib di perhimpunan yang turut dihadiri oleh Dr Mahathir.
Ucapan Najib itu sedikit sebanyak sebagai menjawab pendirian Dr Mahathir sebelum ini yang konsisten menolak kepimpinan Najib dan lantang mengkritik terutama dua isu besar iaitu 1MDB dan dana politik RM2.6 bilion.
Presiden UMNO itu turut mengulangi jaminan bahawa segala hutang 1MDB akan diselesaikan melalui pelan rasionalisasi yang digariskan.
"Dalam ehwal 1MDB, saya ingin maklumkan bahawa, ia sedang ditangani dan dalam proses penyelesaian."
"Misalannya, dengan penjualan syarikat Edra, hutang 1MDB kini telah susut sebanyak 17 bilion. Ini membuktikan pelan rasionalisasi 1MDB sedang berjalan dengan baik. InsyaAllah ini akan disusuli dengan beberapa pengumuman yang lain, yang akan meyakinkan rakyat," ujar Najib.- ASTRO AWANI
Tahniah DSN . Memang memukau dan para hadirin yg berada diPWTC pun terpukau. Sebagai PM yang tercalar dimata rakyat Malaysia bukan mudah untuk mengembalikan keyakinan orangramai. Menuggu jawapan 2.6 biliun satu perkara yang telah menyebabkan tanggapan dan majoriti percaya PM abuse power.
ReplyDeleteSoalan LADY kpd saudara yg tak bernama. Apakah jwpan yang berulang2 diberi ttg 2.6B itu bukan jawapan? Jwpan apakah lg yg anda mahukan sebenarnya??? Adakah anda mempunyai pembukti jawapan yg sebenar? Sila kongsikan sbb LADY pun nak tahu juga jwpan yg sebenar2nya tepat pada anda
Delete