CADANGAN TEMPOH 2 PENGGAL JAWATAN PRESIDEN UMNO TERLALU SINGKAT: KHAIRY


KUALA LUMPUR:  Cadangan untuk menghadkan tempoh jawatan Presiden UMNO kepada dua penggal adalah terlalu singkat, kata Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin.


"Ia terlalu singkat. Kalau satu penggal tiga tahun, dua penggal hanyalah enam tahun.

"Tiada masa yang cukup untuk menjalankan polisi yang diperlukan," kata Khairy Jamaluddin.

Beliau diminta mengulas cadangan oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa had tempoh memegang jawatan Presiden patut dihadkan kepada hanya dua penggal.

Tambah beliau, cadangan tersebut boleh dipertimbangkan tetapi satu tempoh yang lebih lama perlu diberi kepada sesiapa yang menjadi Presiden.

Beliau ditemui selepas majlis makan tengah hari bersama perwakilan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Muhyiddin dalam ucapannya pada satu majlis di Kampung Baru pada Isnin malam mencadangkan UMNO mengehadkan tempoh jawatan presiden parti itu kepada dua penggal.

Khairy, bagaimanapun, menegaskan bahawa tempoh memegang jawatan utama itu boleh dibincangkan supaya lebih munasabah bagi membolehkan Presiden UMNO melunaskan pelbagai perancangan. - ASTRO AWANI

Comments

  1. Muhyidin sekarang dah gugur jawatan TPM dan ada sosek nak gugurkannya dari jawatan TPU, jadi kena faham maksud presiden 2 penggal spt yg dikatakan oleh TSMY. Ada presiden belum sampai 2 penggal dah terpalit dengan isu kotroversial.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalannya.. betullah isu kontriversial itu PM sendiri huat atau ada yg sengaja timbulkannya utk menjatuhkannya??. Seperkara.. kenapa nak perbincgkan benda yg sdh dibeei jawab berulang kali? Persoalan besar kenapa TSMY tak menjalankan tggjwbnya sebagai TPU dgn amanah? Adakah dia ada berbisik dlm kedudukan dekat sehingga perlu loudspeaker? Atau ada agenda sengaja nak menjatuhkan demi nak mempercepatkan sesuatu???? Rasanya awak sendiri xblh jawab kerana yg blh jawab TSMY. LADY hanya menulas berdasar tindakannya yg tak nmpk kerelevannya sebagai individu yg pernah pegang jwtan TPM dan masih memegang jwtan kini TPU

      Delete

Post a Comment

Popular Posts