PEMBIAYAAN DANA MIKRO TANPA FAEDAH RM50 JUTA KHUSUS KEPADA USAHAWAN MUDA


KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengiktirafkan peranan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam menguruskan pembiayaan Dana Mikro Tanpa Faedah kepada usahawan muda.


Menurutnya lagi, FAMA telah mendapat kelulusan dana sejumlah RM50 juta bagi pinjaman mudah daripada Jabatan Perdana Menteri menerusi Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

"Jabatan Perdana Menteri, menerusi UKAS meluluskan peruntukkan RM50 juta sebagai pinjaman.

"Kepada mereka yang mahu mulakan perniagaan, ini boleh dijadikan modal tambahan dan untuk memberi peralatan,"kata Najib pada ucapannya sempena sambutan ulang tahun ke-50 FAMA yang berlangsung di Dataran Merdeka Kuala Lumpur selama tiga hari bermula Jumaat.

Pada majlis itu juga, Najib turut melancarkan Program Agro Bazar atas talian yang bertujuan untuk mewujudkan komuniti atas talian dan meningkatkan kualiti hidup komuniti perniagaan.

Jelasnya lagi, langkah ini membolehkan produk industri asas tani dapat dipasarkan terus ke peringkat dunia.
Selain itu, Najib turut melancarkan gelaran baharu 'Durian Musang Queen' daripada baka yang merupakan durian kedua terbaik di negara ini selepas 'Durian Musang King.'

Pada masa sama  turut mengumumkan kelulusan pembinaan bangunan ibu pejabat baharu FAMA di Kelana Jaya, Selangor dengan peruntukan sebanyak RM220 juta.

Program Francais Kopi 1Malaysia juga dilancarkan pada sambutan itu, dan langkah itu adalah bagi menggalakkan lebih banyak orang muda membuka francais seperti melalui kafe, dan karavan.

Melihat kejayaan sambutan pesta makanan pada ulang tahun FAMA ke-50 kali ini, Najib mengumumkan ia akan dijadikan sebagai satu acara tahunan FAMA.- ASTRO AWANI

Comments

Popular Posts