PEMILIHAN UMNO PERLU DISEGERAKAN: PERWAKILAN PEMUDA
KUALA LUMPUR: Pemilihan UMNO perlu dipercepatkan sebagai langkah terbaik menyelesaikan krisis di peringkat pimpinan tertinggi parti.
Pendapat itu disuarakan Ketua Pemuda UMNO bahagian Pagoh, Mohd Zaid Abdul Rahman, ia juga sebagai persiapan untuk membentuk jentera yang lebih mantap menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang dijangka berlangsung pada 2018.
"Jangan tunggu-tunggu lagi. Pemilihan ini perlu disegerakan.
"Kita perlukan panglima baru yang mendapat pengiktirafan daripada semua hali akar umbi untuk meneraju parti menuju PRU 14," tegasnya ketika sesi perbahasan menyokong ucapan dasar dan perasmian Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.
Sebelum itu dalam sesi sama, Ketua Pemuda UMNO bahagian Pendang, Mohamad Fadzil Zolkipli mencadangkan supaya diwujudkan kad penilaian atau 'scorecard' kepada semua pemimpin bagi menilai sejauh mana mereka menepati manifesto yang disuarakan dalam PRU yang lepas.
"Kita nak lihat gunung mana yang mereka tidak daki, laut mana yang mereka tidak renangi.
"Kita tidak mahu rakyat melihat kita sebagai penipu.
"Sesungguhnya orang yang tidak pegang pada janji, tidak menjalankan amanah yang diberi itu adalah munafik," katanya.
Selain itu, beliau turut mencadangkan agar diwujudkan satu muzakarah khas dan dialog perpaduan ummah antara UMNO dengan Pas bagi bersama menjaga dan memperjuangkan Islam di negara ini.
"Kita berdepan dengan pelbagai ancaman dan cabaran yang menggugat kedaulatan agama kita.
"Oleh itu atas nama Islam dan perpaduan orang melayu, kita perlu ketepikan perbalahan kita.
"Lupakan perbezaan ideologi politik antara kita supaya Islam tidak lagi dicalar," tegasnya.- ASTRO AWANI
dan akhir sekali kita mesti halalkan rasuah supaya perpaduan parti semakin kukuh...tak ada pikir punya olang
ReplyDeleteIni sajalah bahan berulang disebarkan.. rasuah rasuah... tolong tampilkan kenyataan yg baru ya saudara yg segan tunjuk nama.
Delete