Followers

KEHADIRAN MUHYIDDIN DI PERHIMPUNAN SAYAP UMNO CETUS KEKECOHAN

KUALA LUMPUR:  Kehadiran Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin UMNO mengundang sedikit kekecohan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2015 hari ini.

Ia dikatakan berpunca daripada sekumpulan pihak yang cuba mewujudkan provokasi.

Media sebelum itu berkumpul di luar Dewan Tun Dr Ismail tempat di mana Muhyiddin berada.

Beliau kemudiannya beredar dari dewan itu selepas menghadiri Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO.

Semasa beliau dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menuju ke Dewan Merdeka untuk menghadiri Persidangan Pergerakan Wanita UMNO, keadaan bertambah kecoh apabila berlaku tolak-menolak dan rempuhan antara satu sama lain, termasuk kumpulan tidak dikenali.

Pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) juga terpaksa campur tangan untuk menenangkan keadaan.

Keadaan bagaimanapun kembali terkawal selepas pihak media dan mereka yang berada di lokasi diarahkan beredar.

Muhyiddin muncul pada di perhimpunan ketiga-tiga sayap UMNO, selepas tidak menghadiri Majlis Taklimat Presiden pada Selasa.

Walaupun ia merupakan lawatan tidak berjadual, namun sudah menjadi tradisi Timbalan Presiden meluangkan masa bersama perwakilan.

Beliau turut dilapor mengesahkan akan hadir ke Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini.- ASTRO AWANI

No comments:

Post a Comment