#UMNO2015: PEMBANGKANG TIADA PILIHAN SELAIN TERUS MENABUR AGENDA "POLITII KEBENCIAN"
KUALA LUMPUR, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz menyifatkan pembangkang tidak mempunyai pilihan lain selain terus mengamalkan politik kebencian bertujuan menghasut rakyat supaya membenci kerajaan dengan menyebarkan propaganda dan maklumat palsu.
Terkini jelas beliau pembangkang ghairah memberikan gambaran kononnya 2016 adalah tahun yang gelap buat rakyat di mana pelbagai tekanan akan dilakukan kerajaan bagi memeras hidup rakyat.
Kalau direnung kembali tambahnya lagi saban tahun pembangkang akan menyatakan tahun-tahun mendatang adalah tahun yang akan membuat rakyat sengsara dan dizalimi.
"Pembangkang cuba untuk 'menangguk di air keruh' dengan menyebarkan maklumat yang telah dimanipulasikan oleh mereka sendiri dengan harapan rakyat akan terpengaruh untuk membenci kerajaan. Sedangkan pelbagai kemudahan dan bantuan sentiasa diberikan kerajaan kepada rakyat.
"Apa jua kebaikan yang dibuat kerajaan akan digelapkan manakala perkara-perkara yang separuh benar disebarkan dengan membelakangkan pelbagai fakta", ujar beliau ketika ditemui oleh UMNO-Online selepas membahaskan usul ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 di PWTC hari ini.
Tegasnya, politik kotor seumpama ini tidak lebih sekadar untuk membangkitkan sifat benci di hati rakyat kepada kerajaan.
"Kerajaan yang bertanggungjawab seperti Barisan Nasional (BN) akan sentiasa memastikan kebajikan rakyat itu dipelihara dengan sebaiknya.
"Konsep 'people centric' yang diamalkan kerajaan akan terus memastikan rakyat tidak menanggung beban dan BN akan sentiasa membantu rakyat sebaik mungkin" ulasnya lagi.
Di samping itu, beliau turut menyeru kepada semua jentera UMNO agar mengambil peranan dalam membantu menjelaskan perkara sebenar kepada akar umbi supaya mereka tidak termakan dek hasutan pembangkang. – MediaUMNO
Comments
Post a Comment