Followers

#PAU2015: NAJIB RASMI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2015

















KUALA LUMPUR:  Perhimpunan Agung UMNO 2015 bermula secara rasmi hari ini dengan majlis perasmian oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.


Majlis dimulakan dengan upacara perbarisan dan menaikkan bendera UMNO di Dataran Putra pada jam 9.14 pagi.

Najib sambil diiringi tiga ketua sayap memeriksa perbarisan terdiri daripada 50 anggota setiap pergerakan.

Perhimpunan agung kali ini berlangsung selama lima hari bermula Selasa.

Seramai 5,738 perwakilan terdiri daripada 2,762 perwakilan perhimpunan agung UMNO serta 993 perwakilan Wanita, 992 (Pemuda) dan 991 (Puteri) menghadiri persidangan kali ini.

Satu jamuan makan sempena perhimpunan itu akan diadakan di Dewan Tun Razak I pada pukul 8.30 malam ini.- ASTRO AWANI

Sumber gambar: rakan cyber

No comments:

Post a Comment