'JANGAN TUNGGU HINGHA BERLAKU KEMATIAN BARU NAK LARANG VAPE': PWNGQRAH KESIHATAN JOHOR
JOHOR BAHRU: Tidak perlu menunggu sehingga berlaku kematian tragik baru mahu melaksanakan larangan penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape.
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mohd Khairi Yakub, berkata kerajaan negeri tidak sewenang-wenangnya melakukan larangan itu kerana sebelum ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan negara anggota termasuk Malaysia untuk menghentikan penjualan dan penggunaan vape.
Menurutnya, WHO membuat saranan itu dibuat rentetan daripada laporan 3,000 kes keracunan yang dicatat berhubung vape yang mengandungi nikotin di Amerika Syarikat sejak tahun 2003.
"Mereka mempunyai alasan untuk kita percaya bahawa vape itu berbahaya. Sebab itu mereka keluarkan saranan tersebut.
"Kita sebagai anggota WHO perlu mengikutinya dan berdasarkan undang-undang, adalah logik untuk kita melindungi rakyat kita," katanya dalam sidang media di sini, pada Isnin.
Sidang media itu diadakan bagi mengulas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam yang mahu penjualan produk vape di Johor dihentikan dan semua premis berkenaan ditutup berkuat kuasa 1 Januari depan.
Dilapor setakat ini Argentina, Brazil, Singapura, Brunei, Oman, Qatar dan Thailand adalah antara 14 negara yang mengharamkan sepenuhnya penjualan dan pengimportan peranti vape.
Negara seperti Australia, Belgium, Kanada, Finland dan New Zealand pula melarang sama sekali peranti elektronik yang mengandungi nikotin.
Dr Mohd Khairi berkata orang ramai perlu menerima keputusan Sultan Johor dengan mengambil kira vape boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan termasuk pembekuan darah dalam otak, menjejaskan perkembangan bayi dalam kandungan, sawan, kegagalan sistem pernafasan, iritasi terhadap mata, tekak dan asma.- BERNAMA
Comments
Post a Comment