Followers

MALAYSIA BOLEH TARIK DIRI DARIPADA TPPA TANPA PENALTI: MUSTAPA


KUALA LUMPUR:  Malaysia boleh menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada bila-bila masa tanpa dikenakan sebarang penalti.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Malaysia boleh menggunakan klausa penarikan diri itu jika ia memutuskan untuk berbuat demikian dalam tempoh notis enam bulan tanpa dikenakan sebarang penalti.

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada Seminar TPPA Kebangsaan selama sehari, di sini, hari ini.

Mustapa bagaimanapun mengingatkan, tindakan penarikan diri itu juga bermakna Malaysia tidak lagi dapat menikmati manfaat TPPA seperti akses kepada pelaburan serta kehilangan peluang menembusi pasaran lebih besar melibatkan 12 negara yang memeterainya.

TPPA adalah perjanjian perdagangan bebas yang dirundingkan antara 12 negara iaitu Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, Kanada, Mexico, Peru, Chile, Brunei, Singapura, Jepun, Vietnam dan Malaysia.   

Negara-negara berkenaan mewakili hampir 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar dunia dan satu pertiga daripada perdagangan global.

Perjanjian itu berkemungkinan dimeterai di New Zealand pada Februari 2016 iaitu hanya selepas Parlimen memberi kelulusan untuk Malaysia berbuat demikian.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment