Followers

#PAU2015: NAJIB PERCAYA HUBUNGANNYA DENGAN TUN MAHATHIR BOLEH DIPULIHKAN





KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak percaya hubungannya dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hanya boleh dipulihkan jika, kedua-dua pihak boleh bekerjasama.


Namun, sambil mengakui, ia merupakan sesuatu perkara yang sukar dilakukan, beliau menyamakannya seperti satu perlawanan gusti.

Beliau yang dipetik dalam satu temubual ekslusif dengan The Star, sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 berkata, bagi dirinya, Dr Mahathir merupakan seseorang yang inginkan seorang Perdana Menteri yang mendengar cakapnya.

"Jika bukan 1MDB, beliau akan mencari perkara lain. Jika beliau berkata mahu jambatan bengkok, ya Tuan, saya akan buat jambatan bengkok.

"Beliau tidak suka Singapura, kita bergaduh dengan Singapura. Jika beliau suka Afrika, kita pergi ke Afrika. Ini adalah (Dr) Mahathir.

"Tetapi seorang Perdana Menteri harus melakukan sesuatu perkara yang difikirkan betul. Saya tahu saya akan menyebabkan kemarahannya dan saya betul.

"Dengan siapa lagi beliau belum bertengkar? Beliau  bertengkar dengan setiap Perdana Menteri kecuali Tun Razak kerana beliau tidak hidup lama," katanya.- ASTRO AWANI

No comments:

Post a Comment