Followers

LIWAT: KEGAGALAN UMNO PENUHI PWEMINTAAN PUNCA AZLAN MOHD LAZIM SUJUD KEPADA ANWAR??????


Sepertimana yang dijanjikan malam tadi bahawa pagi ini saya akan berkongsi dengan anda apa kisah sebenar yang saya tahu tentang tindakan bapa Saiful yang membuat u turn disaat-saat Anwar dan geng-geng PKR menafikan penglibatan mereka berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu....

Kalau ikutkan perancangan PKR yang sebenarnya bapa Saiful akan dijelmakan selepas pembubaran parlimen kelak.  Tetapi oleh kerana nak tutup isu Lahad Datu maka ianya dipercepatkan.
Sekarang mari saya ceritakan kisah sebenar....

Dalam kalangan rakan-rakan blogger kami Papa Gomo adalah yang paling rapat dengan Saiful. Mereka sering berhubung dan berjumpa.

Beberapa bulan lepas kami telah mendengar cerita bahawa orang-orang Anwar Ibrahim sedang memburu Saiful dan ahli keluarganya untuk tampil membuat pengakuan bahawa kejadian liwat yang berlaku ke atas Saiful adalah konspirasi yang dirancang oleh Datuk Seri Najib.
Kemudian cerita tersebut lenyap begitu sahaja....

Kemudian, kira-kira 3-4 minggu yang lepas. Maaf saya tak ingat tarikh yang tepat tetapi jika tidak silap saya ianya dalam minggu pertama bulan  Febuari 2013, Parpukari dan saya menerima perkhabaran dari Papa Gomo yang menyatakan bapa Saiful telah bergaduh dengan Saiful dan telah keluar dari rumah. Puncanya kerana bapa Saiful hendak menerima tawaran dari pihak Anwar dan marah kerana Saiful tidak mahu mengikutnya. 

Bapa Saiful bertindak begitu kerana tidak ada orang-orang Umno atau orang-orang Najib yang menolongnya atau menjaganya. Tiada orang tolong atau tiada orang jaga itu adalah ayat berlapik. Ayat yang tak berlapiknya adalah kerana orang Umno gagal memenuhi permintaan-permintaannya....

Saya serta Parpukari bertekak dengan Gomo. Saya tidak setuju kerana orang-orang Umno dipersalahkan. Ini kerana masalah yang berlaku adalah masalah antara Saiful serta keluarganya dengan Anwar Ibrahim. Kenapa pula orang Umno yang kena tanggung ? Kenapa pula orang Umno yang nak kena jaga dia ? Bagi saya cara bapa Saiful salah kerana apabila dia mewajibkan orang-orang Umno untuk menjaganya bermakna Umno yang terlibat dalam kes liwat berkenaan. 

Sampai satu tahap saya katakan kepada Gomo, apakah Umno yang suruh Saiful pergi tonggeng kepada Anwar ? Gomo terus naik angin satu badan marahkan saya kerana bercakap begitu.

Saya beritahu Gomo bahawa saya nak tulis perkara berkenaan keesokkan harinya kerana nak beritahu awal-awal kepada masyarakat apa yang akan berlaku nanti. Gomo tak benarkan saya tulis kerana katanya minta saya jaga hati dan perasaan Saiful. Katanya beri peluang kepada Saiful untuk pujuk bapanya dan pulihkan balik hubungan mereka. Sekali lagi kami bertekak.....

Jika diikutkan cerita Saiful semalam, saya rasa hubungan dia dengan bapanya mungkin telah pulih selepas kejadian itu kerana dia menceritakan dia pergi bercuti bersama bapanya dan telah kembali berhubung. 

Bermula malam itu saya mula hilang respek pada bapa Saiful apabila mendengar cerita yang dia marahkan orang Umno tidak menjaganya hingga sanggup nak pergi kepada PKR semata-mata pihak sebelah sana menerima permintaannya....

Terpacul dari mulut saya kata-kata, ada juga bapa yang hendak jual punggung anak....

Dipendekkan cerita, perbincangan kisah itu pada malam tersebut antara saya, Parpukari, Papa Gomo dan seorang lagi rakan agak tegang.

Kemudian cuti Tahun Baru Cina, selepas itu saya pula bekerja luar kawasan dan tak pedulikan kisah politik serta tidak kemaskini blog dalam tempoh yang agak lama. 

Saya kembali semula hujung minggu lepas dan awal minggu ini mula ambil tahu semula kisah politik, dan isu yang sedang hangat adalah isu Lahad Datu.

Semalam (Jumaat) ketika sedang memandu ke KL tiba-tiba saya menerima SMS dari Gomo yang memaklumkan tentang tindakan bapa Saiful. Saya menjawab kepadanya kalau kau benarkan aku tulis 3-4 minggu lepas kan senang cerita....Selepas itu dia jawablah dengan hujah dia yang bertalu-talu.  

Apa yang saya nak beritahu kepada anda adalah apa yang dilakukan oleh bapa Saiful semalam memang telah dirancang sekian lama dan matlamatnya adalah RM....RM....RM....RM.....

Selepas lima tahun baru kau sedar ? Jangan kelentonglah Azlan.....

Apakah kau ingat wang yang kau dapat itu dapat menongkat langit ? 

Lima tahun dulu dialah yang berada di sebelah Saiful sewaktu Saiful bersumpah laknat dalam Masjid. Selepas Saiful bersumpah dia lah yang pertama memeluk Saiful. Hari ini dia kata itu semua bohong....
Selepas mahkamah membebaskan Anwar awal tahun 2012, ketika itu banyak pihak yang tidak berpuashati mendesak Peguam Negara agar memfailkan rayuan termasuklah bapa Saiful sendiri. Malah dia sendiri turut melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang ketika itu menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan.

Berikut adalah apa yang dikatakannya pada masa itu....

Sumber: RBF Online

No comments:

Post a Comment