Followers

LAHAD DATU : ZAHID NAFI BERTINDAK KEJAM TERHADAP WARGA FILIPINA DI SABAH

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan laporan sebuah portal berita Filipina kononnya pasukan keselamatan negara bertindak kejam terhadap rakyat negara itu semasa operasi mengusir penceroboh di Sabah.
   
Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai 'tuduhan melulu', beliau menegaskan bahawa mana-mana pihak tidak sepatutnya cuba merosakkan hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Manila.
   
"Saya ada baca laporan media itu dan maklumat saya dapat daripada Polis Diraja Malaysia menyatakan bahawa tidak ada tindakan diambil dengan tujuan untuk membunuh warga Filipina di kawasan tertentu seperti yang didakwa," katanya.
   
Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek pembinaan kolej kediaman Mahallah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini, hari ini.
   
Portal berita Filipina itu memetik seorang rakyat Filipina sebagai mendakwa kononnya pasukan keselamatan Malaysia mengheret lelaki Filipina keluar dari rumah mereka di Sandakan, Sabah dan menyuruh mereka berlari sekuat hati sebelum menembak mereka.

Mengenai Operasi Daulat, Ahmad Zahid berkata ketika ini pihak keselamatan menumpukan operasi pada tiga kawasan iaitu Tanjung Labian, Tanjung Batu dan Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah.
   
Beliau berkata tiada tanda atau tindak balas daripada kumpulan penceroboh yang mendakwa sebagai Askar Kesultanan Sulu untuk meletak senjata.
   
Selain itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan Malaysia dan Filipina mempunyai kerjasama erat bagi memastikan tiada kumpulan penceroboh mendarat di perairan Sabah.
   
"Kedua-dua negara cuba menamatkan isu ini dengan segera. Tiada istilah menang dan kalah. Ini supaya keamanan dapat diwujudkan di Sabah khususnya dan negara amnya," katanya.  - Bernama

No comments:

Post a Comment