KANTOI : ANWAR BELANJA RM1 JUTA UNTUK MODAL POLITIK, BUKAN FAKTA



Pendedahan bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, dilihat tidak akan membawa implikasi undang-undang, sebaliknya boleh menjadi "modal politik", kata seorang peguam yang kolumnis media tempatan.

Ketika dihubungi, Syahredzan Johan berkata, oleh kerana Azlan Mohd Lazim bukan merupakan saksi dalam kes liwat Anwar-Saiful, tindakan beliau pagi semalam tidak akan membawa apa-apa kesan.

Anwar dibebaskan pada 9 Januari 2012 dan kes ini kini berada di peringkat rayuan.

"Beliau bukan merupakan saksi yang memberi keterangan dalam kes ini. Keterangan semua saksi sudah didengar... kes ini kini di peringkat rayuan.

"Dari segi perundangan, ia tidak akan memberi kesan, untuk membantu (defendan kes ini)," kata beliau ketika dihubungi.

Ketika ditanya sama ada akan memberi kesan kerana boleh diambil telah menghina mahkamah, Syahredzan dari Majlis Peguam berkata, ia bergantung pada pihak kerajaan jika mahu berbuat demikian.

"Dari segi soal menghina mahkamah, saya rasa akan ada sedikit kesan... ia bergantung kepada peguam kerajaan," kata beliau lagi.

Menjawab soalan sama ada ini kes pertama seorang bapa, dalam kes ini Azlan, membuat pendedahan sedemikian, Syahredzan berkata, "dari segi sifat kes ini, saya melihat ini kali pertama."

"Tetapi kalau kes-kes melibatkan pengadu dan saksi yang memberi keterangan kemudian mengatakan sebaliknya pernah berlaku," katanya.

sumber: empayar pemuda blog

Comments

  1. setakat tulis je,aku pun boleh buat cerita..kihkih..bagi lah bukti beb anwar bagi 1 juta

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts