Followers

UMNO PERLU TANGANI ISU ANAK-ANAK MUDA


KUALA LUMPUR:  Parti UMNO perlu menangani fikiran anak-anak muda untuk parti itu menambat hati kelompok ini.

Kata CEO Akademi Belia Rahman Hussain, perbezaan diantara jenama UMNO dan aspirasi anak-anak muda mendorong golongan ini untuk mempunyai tanggapan yang berbeza tentang parti UMNO.

"Perlu ada synergy diantara anak-anak muda dan penjenamaan UMNO," kata beliau dalam program Sudut Pandang.

Namun Exco Pemuda UMNO Malaysia Mohd Rafiq Naizamohideen berkata bukan semua isu yang diutarakan oleh anak-anak muda itu tepat.

"Ada yang kerajaan atau UMNO perlu mengambil kira ada juga yang berdasarkan sentimen emosi," kata beliau.

Dalam program Agenda AWANI pula, Presiden Kelab UMNO Luar Negara Malaysia Adelaide berpendapat isu pembangunan dan ekonomi negara merupakan antara isu yang dekat dengan golongan belia ketika ini.

"Isu sekarang ini adalah ketidakseimbangan diantara pendapatan kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera," kata Abdul Syafiq. - Astro Awani

Ps: pada pandangan LADY. Bergantung kematangan dan kewarasan anak muda yang menyatakan pandangan serta kehendak mereka kepada UMNO. Seperti yang dikatakan oleh exco pemuda itu adalah betul. Tak semua suara anak muda itu adalah permintaan mereka yang tepat. Ia bergantung pada psikologi mereka sendiri bagaimana.

No comments:

Post a Comment