#PAU 2013: PINDAAN PERLEMBAGAAN LEBIH TERBUKA DAN INKLUSIF : MAS ERMIEYATI


KUALA LUMPUR 4 Dis - Pergerakan Puteri UMNO merasakan pindaan perlembagaan yang dibawa oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak perlu ada beberapa penambahbaikan.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata, melalui pemerhatian yang dapat dilihat sewaktu pemilihan yang telah berlalu, Pergerakan Puteri merasakan terdapat beberapa penambahbaikan.

"Antaranya syarat perlu menjadi ahli selama tiga tahun sebelum melayakkan diri untuk bertanding apa-apa jawatan di peringkat bahagian dan pusat adalah tidak munasabah dan tidak mesra ahli.

"Kita mahu dilihat lebih terbuka dan inklusif kepada remaja yang berumur 18 tahun dan ke atas," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno di di Dewan Tun Dr. Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Jelasnya, sekiranya peruntukan ini dikaji semula, lebih ramai lagi wanita- wanita muda yang akan berminat untuk memimpin Pergerakan Puteri.- Rakyat News

Sumber gambar: sahabat LADY

Comments

Popular Posts