KENAPA BOLEH TERJADI? KANAK-KANAK 11 TAHUN JADI PEROGOL
Apa dah jadi. Agaknya inilah dikatakan kerosakan akibat pemodenan tanpa persempadanan. Kejadian seperti ini sememangnya merisaukan LADY. Bayangkan budak yang baru berusia 11 tahun boleh melakukan perbuatan lelaki dewasa yang bermasalah!
Pada pandangan LADY ada sebab kenapa budak ini bertindak sedemikian.
Budak lelaki 11 tahun rogol budak perempuan 6 tahun
T K Letchumy Tamboo | Kemas kini: November 30, 2013
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dihantar ke rumah pengasuh di Alor Gajah oleh ibunya, dilaporkan telah dirogol oleh anak tiri pengasuh itu.
Mengikut laporan The Star online, polis sedang menyiasat kemungkinan anak tiri pengasuh yang baru berumur 11 tahun itu, merupakan perogol yang paling muda di Malaysia.
Kejadian itu dilaporkan berlaku apabila pengasuh tersebut telah pergi ke kedai runcit berdekatan.
Jiran pengasuh tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Shima, memberitahu The Star bahawa beliau masuk ke dalam rumah pengasuh itu melalui pintu belakang, apabila sangsi melihat rumah yang sunyi sepi itu.
"Tiba-tiba, kanak-kanak perempuan itu berlari keluar dari sebuah bilik dengan keadaan separuh bogel, sambil menangis dan nampak terkejut.
"Selepas menenangkan kanak-kanak itu, saya memeriksa rumah itu dan mendapati budak lelaki itu bersembunyi di belakang pintu sebuah lagi bilik. Dia memakai seluar sahaja dan apabila ditanya, dia menjawab dia sedang bersedia untuk pergi ke kelas agama.
"Saya syaki sesuatu tidak kena dan terus menelefon ibu kanak-kanak perempuan itu," kata Shima kepada The Star.
The Star turut melaporkan bahawa kanak-kanak itu menceritakan kepada ibunya bahawa budak lelaki tersebut telah berbaring di atasnya dan kemudian dia merasakan sakit yang amat sangat di kemaluannya.
Ibunya membuat laporan polis dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan di atas kesalahan merogol. -Astro Awani
Antara sebab pada pandangan LADY. Kebebasan budak lelaki ini menonton unsur-unsur lucah. Tidak dapat dibuktikan secara nyata tetapi pengaruh itu sememangnya ada. Sama ada dia melihat secara 'live' tidak sengaja. Atau menonton melalui video online atau vcd/dvd.
LADY tidak menolak. Usia 11 tahun ini sudah mencapai putaran akil baligh pada manusia. Namun secara kelazimannnya psikologi. Usia 11 tahun ini merupakan usia masih kanak-kanak. Bukan remaja.
LADY tak boleh menyalahkan ibubapa kanak-kanak ini sepenuhnya dalam ruang dan peluang kanak-kanak ini boleh menonton video lucah. Kemungkinan juga kanak-kanak ini menonton melalui bantuan rakan sebaya.
Perkembangan pantas teknologi cyber dengan sokongan penggunaan telefon pintar atau tablet memberi sumbangan sedikit sebanyak masalah pengaruh ini. Sebagai orang dewada. Walau sesibuk mana... kita sebagai ibu bapa perlu juga memantau aktiviti anak-anak dalam menggunakan online ini. Dengan memeriksa sejarah penggunaan internet di telefon pintar atau tablet atau komputer. Penyimpanan fail. Untuk mengesan tanda-tanda awal pengaruh seks ini mungkin sedang diterima oleh anak-anak.
Perbezaan usia kanak-kanak dengan orang dewasa dalam proses 'pengaruh' ini berlainan. Kanak-kanak lebih mudah dipengaruhi kerana pengalaman dan kematangan akal mereka tidak sama dengan orang dewasa. Percaya atau tidak. Jangankan kanak-kanak yang meningkat remaja boleh gagal mengawal diri. Orang dewasa yang menonton pun siapa yang tak cukup kawalan boleh hilang akal menonton video seperti itu!
Sudah tiba masanya SKMM, dengan kerjasama pihak-pihak berkaitan bertindak. Kebebasan memperolehi bahan-bahan lucah atau seks ini wajar dikawal.
Kepekaan ibubapa juga wajib dilakukan. Jangan sampai anak digari baru meraung nak tuding jari menyalahkan pihak lain. Salahkan diri sendiri terlebih dahulu kenapa dan mengapa ia boleh terjadi.
Ps: peringatan untuk diri LADY juga. Jangan sampai pewaris genatik LADY mempunyai masalah sebegini kelak.
Artikel ni LADY buat seringkas mungkin. Sebab budaya segelintir orang kita ni tak gemar sungguh membaca. Semua serba nak pantas. Hehehehe...
Comments
Post a Comment