BANTUAN DAH MASUK, PAS BARU CADANG SUARA?


Alahai... sedih lak LADY dengan 'kelembapan' tindakan PAS ini. Kemampuan pengurusan PAS tak sama dengan kerajaan BN serta NGO di bawah kerajaan.


Tengok saja blogger rakyat marhean. Dia sibuk nak menceritakan PAS meminta kerajaan isytihar kawasan bencana konon untuk memudahkan penyaluran bantuan serta keperluan mangsa tanpa birokrasi? Walhal sejak hari persidangan agung sayap-sayap UMNO. kepimpinan UMNO sudah ada bertindak masuk kawasan memberi bantuan. NGO serta belia sudah bergerak menghulurkan bantuan. Sayap UMNO terutama pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyediakan tabung bencana alam dan telah menggerakkan kepimpinan akar umbi di kawasan banjir.


Semua itu tidak menunggu lagi 'CADANGAN SUARA' tetapi telah BERTINDAK membantu!
Hari ini sudah masuk hari keberapa banjir terburuk dalam sejarah negara berlaku. YAB Perdana Menteri sudah pun berjalan masuk kawasan banjir. Tetapi PAS baru memulakan langkah suku hanya mampu bersuara.. alahai.. bukankah sangat bertepatan apa yang LADY katakan DARJAH KELEMBAPAN PAS sangat KRONIK?

LADY bukan hendak mempolitikkan suasana bencana banjir untuk menarik perhatian atau membodek kerajaan BN terutama parti tercinta LADY UMNO. Hakikatnya... inilah pihak yang mendahului keperluan rakyat yabg memerlukan dalam bentuk tindakan seiring dengan kata-kata. Berbeza dengan PR hanya banyak BERCAKAP tetapi tiada tibdakan dilakukan seperti yang diperkatakan!

Apapun. Kerajaan BN tak akan membiarkan Mangsa banjir menghadapi kesusahan bersendirian. Bantuan tetap datang tanpa dipinta. Sukarelawan hadir menghulur bantuan tanpa dipaksa. Insyallah.
Tahniah LADY ucapkan kepada seluruh pihak yang tampil menghulur bantuan. Berbangga dengan keikhlasan sahabat LADY yang berusaha meringankan beban mangsa banjir tanpa mempedulikan ideologi politik.


JANGAN TAHU BERCAKAP SAHAJA TANPA BERTINDAK!!!!

#BELAJAR.. BELAJAR.. BELAJAR

Comments

Popular Posts