HEI.. CORNER BARING 360° NAMPAK!!

Baru semalam rasanya LADY memuji kematangan dan kebijaksanaan MB kelantan ini.

Hari ini baca berita dah cerita lain pula. 'conner baring 360° 'nampak! Berdasarkan petikan dalam sinar harian yang LADY baca tadi...

"beliau akan sentiasa bersama Pas serta rakyat menjayakan program Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), yang akan diadakan hujung bulan ini.

"Turun ialah gerakan rakyat. Ia hasil daripada denyut nadi rakyat yang mengeluh sekian lama akibat kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan kerana salah urus BN.

"Saya sepenuhnya bersama kepimpinan Pas tentunya sentiasa bersama-sama gerakan rakyat untuk terus mendesak kerajaan Malaysia mendengar suara rintihan hari rakyat.

"Jika ada yang berkata bahawa ia bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, saya kira ia hanyalah omongan palsu semata-mata kerana takut akan bayang-bayang sendiri," - sinar harian

Pembelaan sebeginikah dikatakan sangat ADIL ? SAJA  nak membazirkan kewangan! Nak memburukkan imej negara dengan sokongan himpunan jalanan ini. Dan LADY boleh jangkakan ia lebih ke arah RUSUHAN!

Dh tu buat hujung bulan. Ambang tahun 2014 . Untuk tujuan apa? Nak mempopularkan negara dengan suasana negara jiran yer? Nampak bebenor EMOSI DAN NAFSU MELAMPAUI KEMATANGAN AKAL FIKIRAN.

LADY bencikan rusuhan jalanan. Menyampah himpunan jalanan juga. Tak ada bukti atau sejarah aktiviti ini mendatangkan kebaikan. Semua mendatangkan KERUGIAN, KESUSAHAN, KEROSAKAN, KESULITAN dan paling utama IMEJ BURUK.

Nak jadi pemimpin ramai sememangnya kena BERANI. Tetapi berani biar bertempat. Berani biar bijak. Bukan main redah dan langgar sahaja.

Dari kerajaan kelantan menyusahkan rakyat kelantan turun ke kuala lumpur baik lakukan  aktiviti positif yang memberi manfaat pada rakyat kelantan sempena menyambut ketibaan tahun 2014. Ceramah pendidikan ker... majlis penerangan isu semasa negeri. Kalau himpunan jalanan 31hb dikatakan mendatangkan manfaat.. manfaat kebenda apa namanya.!??? Dahlah yang datang menjadi peserta ni jenis tak bertanggungjawab. Kanak-kanak dan bayi diheret sama. Bila dah menghadapi kesukaran meraung tuduh pihak lain mengancam keselamatan keluarga! Merepek bodoh sungguh!

Malang sungguh kelantan dpt MB ikut telunjuk ni. Tak ada pendirian tetap. Ni berjuang untuk rakyat ker atau nak berjuang kekalkan kedudukan dan jawatan??? Lu fikirlah sendiri.

Ps: LADY malas nak letak gambar MB Kelantan. Seolah-olah mempopularkan dia pula. Baik bubuh gambar lain

JANGAN JADI BODOH MENYERTAI DEMONTRASI JALANAN. pesanan tak ditaja oleh LADY kepada semua

Comments

Popular Posts