#PAU2013: BESARNYA PENGARUH MEDIA SOSIAL- KINI BERFUNGSI KEDAI KOPI UNTUK SEMBANG POLITIK


KUALA LUMPUR, 4 Dis – " Dulu zaman ibu bapa kita, zaman posto!posto! tapi sekarang beberapa saat sahaja telefon pintar kita hilang signal "3G" nya, kita dah mula gundah gulana, nak update Facebook, nak skodeng Instagram, nak mandikan Pou, nak bergosip dalam group whatsapp, apatah lagi nak baca tweet Abby Abadi", seloroh Haziqah Nasirah Zol Bahari, EXCO Pergerakan Puteri UMNO ketika menyokong usul Ketua Puteri UMNO.

Beliau berkata inilah betapa besarnya pengaruh teknologi maklumat khususnya media sosial dalam kehidupan seharian di mana sedar atau tidak pengaruh media sosial ini boleh mendatangkan manfaat dan mudaratnya.

"Manfaatnya dapat dilihat dari aspek PES – Politik,  Ekonomi dan Sosial. Media sosial kini telah menukar fungsi kedai kopi sebagai tempat sembang politik. Dasar-dasar negara, isu semasa dan aksi Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat termuat dalam 'newsfeed' dan 'timeline' kita. Inilah manifestasi ruang awam yang telah kerajaan berikan kepada kita semua.

"Dalam masa yang sama, ramai wanita muda kini menggunakan media sosial sebagai medan menjana ekonomi dan pemasaran yang utama. Sambil kendong anak, sambil ambil tempatan, jual tudung,chocolate moist dan sebagainya," ujarnya yang juga Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Tinggi.

Tambahnya, kalau ada yang baik, pasti ada yang buruknya. masalah pornografi, masalah 'keldai dadah' dan penipuan wang ringgit yang melibatkan wanita-wanita muda juga menunjukkan ada pengguna yang naif dalam menggunakan media sosial.
"Justeru, tiba masa kerajaan mengambil serius perkembangan ini. Kempen-kempen pendidikan dan kesedaran harus dilipatgandakan demi memastikan wanita lebih bijak dan bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial. Kita sebagai Puteri, haruslah saling ingat-mengingati, jangan hanya tahu selfie sahaja," ujarnya lagi. -MediaUMNO

Comments

Popular Posts