#PAU2013 : PENGGAL INI MUNGKIN TERAKHIR BAGI KHAIRY SEBAGAI KETUA PEMUDA UMNO


KUALA LUMPUR:  Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin membayangkan penggal ini merupakan tempoh terakhirnya menerajui pergerakan itu.

"Nampaknya begitulah. Saya tidak akan berada di sini (memegang jawatan ini) selama-lamanya. Saya sudah berusia 37 tahun," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda 2013 di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, adalah terlalu awal untuk membincangkan hal penggantinya.

Khairy berkata Pemuda Umno perlu menyediakan platform untuk menyediakan barisan pemimpin muda.

"Kalau kita tidak bermula sekarang, bila lagi kita boleh dapatkan pemimpin yang berumur 20-an, profesional muda, ulama muda atau memberikan ruang kepada mahasiswa berucap pada perhimpunan ini," katanya.
 
Ketika ditanya mengenai muzakarah PAS dan Umno, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata Pemuda Umno menyerahkannya kepada kepimpinan tertinggi parti.

"Bagi Pemuda, kami mahu melihat muzakarah ini berlaku tetapi kami menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti untuk memutuskannya," katanya. - BERNAMA

PS: dah penghujung usia pemuda anak tahun naga ni. LADY terlebih dulu tinggalkan PUTERI . Dah puteri UMNO hanya takat usia 35 tahun. Walau KJ lebih tua dari LADY . Peluangnya bersama rakan sebaya masih ada penggal ini. LADY antara yang terpaksa akur beralih bilik.

Comments

Popular Posts