TERLAJAK LIDAH...


Aik.. apa hal berdolak dalih ni? Baru dilantik memegang jawatan mempengerusikan Biro Media Baru Pemuda UMNO Malaysia. Dah berlagak bukan main!
Baca dulu ...

'KUALA LUMPUR 4 Dis - Pengerusi Biro Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ibdillah Ishak menjelaskan bahawa kenyataannya mengenai kesilapan menyumbangkan insentif kepada penggiat media maya telah disalahtafsirkan oleh beberapa pihak.Ibdillah menjelaskan, beliau hanya mahu kajian semula terhadap pemberian insentif dilakukan semula bagi memastikan ianya lebih teratur dan efektif.

"Apa yang saya maksudkan adalah kita perlu cari pendekatan baru sumbangan insentif kepada para penggiat media maya.

"Saya juga ada menerima maklumat dari peringkat akar umbi mengenai sikap para penggiat yang tidak mahu buat kerja jika tiada insentif.

"Jadi saya mahu tahu dan memahami apa masalah mereka serta membantu mereka kerana saya ini akan menambah mengukuhan parti," katanya kepada Rakyatnews semasa ditemubual di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau menegaskan, pihak yang cuba menyalahtafsirkan kenyataan beliau perlu berhenti berbuat demikian.

Katanya, penggiat media sosial pro-UMNO perlu lebih fokus untuk menghadapi dakyah dan fitnah yang dibawa pembangkang.

"Kepada mereka yang memutarbelirkan kenyataan saya, berhentilah serang-menyerang antara sesama kita sendiri."Saya minta kita fokus hendak menangkis kenyataan pembangkang yang kebanyakan adalah palsu," katanya. - Rakyat News.

Komen Aku? Ada betul yang beliau cakap terutama bab Insentif. Memang tu lah realitinya. Cuma Ibdil tak sepatutnya cakap soal ni diwaktu ramai penggiat media sosial hidup dalam kepayahan nak raih pendapatan.

Halang pun tidak, Suruh pun tidak untuk anda semua belasah Ibdil Pengerusi Media Baru Pemuda UMNO ini.

Pendapat saya cara yang lebih baik adalah desak untuk Ibdil adakan sesi Dialog dengan Blogger dan Facebookers yang ada. Cara tu lebih baik dan kita dapat luahkan dan berkongsi pendapat dengan beliau.

Tak guna belasah Ibdil sedangkan dia tak tahu apa apa lagi pun alam yang kita tinggal sekarang ni. Alam beliau dan Alam kita berbeza namun pasti ada titik pertemuan yang boleh menguntungkan semua pihak.

Sekadar pandangan peribadi saya.- AZRI MALAY RIGHT

PS: HAI bro Ibdil. Sebelum membuat kenyataan.. sila buat kajian dengan bijak. Awak bukan dah pegang jawatan setahun 2. Baru dilantik. Seharusnya bagi salamlah dulu. Siapa akar umbi yang awak tanya tu? LADY selama ni.. bekerja tak ada bantua  insentif pun. Tanggungjawab tetap tanggungjawab.

LADY Setuju dengan sir Azri Malayright. Wajar diadakan dialog terbuka antara cyber dan blogger dengan mamat ibdil ni. LADY nak dengar bagaimana dia nak perjelaskan segala 'salah faham atau salah tafsir' yang dikatakannya tu.

Kalau dah salah. Mengaku salah jelah. Tak payah berdolak dalih.

Malu LADY dengan mamat menjatuhkan kualiti kepimpinan pemuda yang baru! Main hentam.pintu walhal pintu boleh diketuk dulu! Pandai-pandailah aeak selesaikan masalah yang awak wujudkan! Jadilah lelaki yang bertanggungjawab! Jangan nak jadi pengecut!

tengahari cakap lain. petang dah cakap lain! adakah awak dah lupa apa yang awak katakan tu? atau buat-buat lupa. ! sila tonton semula video ini Ibdillah. agaknya otak 'freash ' semula. 



LADY cabar Ibdillah untuk benar-benar bertemu semua blogger mahpun cyber. seperti mana yang dikatakan dalam temubual di video ini. jangan banyak songeh. dahlah buat salah. tak nak minta maaf pula.

terlajak perahu boleh berundur. terlajak kata buruk padahnya. 

Comments

  1. sila lihat:
    http://apakata.blogspot.com/2013/12/ibdil-tengah-buat-apa.html.

    Agaknya inilah konsep yang diamalkan oleh pemimpin....

    https://www.facebook.com/blameho

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts