CERDIK VS BODOH
Apa membezakan orang cerdik dan orang bodoh? Orang cerdik akan bertindak selepas berfikir. Orang bodoh akan bertindak sebelum berfikir.
LADY semakin kagum dengan ustaz Kazim. Terharu apabila menyatakan bahawa beliau menolak lantikan menggalas tanggungjawab sebagai MT UMNO kerana mengelak UMNO difitnah. Allahu Akbar! Betapa mulianya hati ustaz ini!
Cuba bayangkan dan fikirkan. Ketika mengumumkan penolakan jawatan MT UMNO tersebut, ustaz Kazim telah memberi sebab tiga perkara iaitu komitmen luar sebagai penceramah, mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah dan ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.
Lagi menyentuh hati LADY ketika ustaz ini menzahirkan niatnya dengan menyatakan tetap terbuka untuk memberikan idea dan cadangan yang membina kepada perdana menteri terhadap agenda transformasi agama di dalam Umno.Ya Allah! Limpahilah Keberkatan kepada Hamba-Mu ini.
Menurut sumber. Ustaz Kazim dilantij menjadi MT UMNO oleh YAB Perdana Menteri melalui perbincangan dan pandangan 4 mufti. Bukan calang-calang memberi pendapat.!
Dalam temubualnya bersama wartawan Rakyat News beliau menyatakan:
"Perdana Menteri memberitahu pelantikan saya adalah untuk memberi nasihat kepada ahli-ahli Umno dan memperkasakan agenda umat Islam dari peringkat sekolah rendah hingga menengah.
"Saya nampak perdana menteri sangat terbuka dalam hal agama dan meminta saya merangka satu sistem pendidikan terbaik bagi membentuk generasi muda menjadi orang yang lebih baik,"
Rasa kecewa dengan tuduhan orang ramai dalam laman sosial dan blog yang melabelnya dengan pelbagai gelaran seperti syaitan bisu, anak babi, gila glamer dan mahukan duit melalui jawatan dalam MT juga disebut ketika sesi temubual tersebut :
"Saya belum lagi beri jawapan mereka dah maki hamun. Macam mana orang Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam boleh kata macam tu? Sepuluh tahun saya berkecil hati dengan mereka kerana membuat tohmahan buruk terhadap saya.
"Masa Kedah diperintah Pas saya digam walaupun bukan ahli Umno. Poster gambar saya dilukis dengan bertanduk seolah-olah syaitan. Kemuncaknya mereka kata saya anak babi menyebabkan saya ambil keputusan meninggalkan Pas," katanya.
Berdasarkan kenyataan ustaz ini.. seperti mana yang LADY tulis pada artikel ringkas semalam dah menunjukkan amalan buruk dalam PAS ke atas individu yang boleh menggugat kedudukan mereka dalam PAS. persoalan dalam fikiran LADY.. siapakah dalangnya? Ramaikah? Sikitkah?? Tetapi yang jelas.. sememangnya ADA!!! .membuktikan.. PAS HANYALAH PARTI POLITIK SEMATA!!!!
Cerita di atas kisah orang cerdik.
Berbeza pula dengan orang bodoh ni. Bertindak sebelum berfikir. Lebih mengutamakan keperluan diri walau menjahanamkan nama baik parti atau kumpulan besar yang diwakili. LADY malas nak katakan siapa. Rakan-rakan pembaca boleh membayangkan siapa sahaja individu yang memiliki ciri-ciri berkaitan dan lakukan perbandingan. Hehehehehe....mm
BERFIKIR SEBELUM BERCAKAP. BIAR KITA DIAM DARI MENGATAKAN SESUATU YANG MENUNJUKKAN BETAPA BODOHNYA KITA!
#BELAJAR.... BELAJAR... BELAJAR....
Comments
Post a Comment