TUN DR MAHATHIR LEPASKAN JAWATAN PENASIHAT PETRONAS

KUALA LUMPUR:  Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan beliau telah melepaskan jawatan sebagai Penasihat Petronas berkuatkuasa Ahad.

Dr Mahathir berkata surat perletakan jawatannya itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

"Saya serahkan (surat letak jawatan) kepada perdana Menteri, dia (perdana menteri) lantik saya, kena bagi (surat) kat dia," katanya pada sidang media selepas jamuna makan tengah hari bersama delegasi luar negara yang menghadiri Forum Antarabangsa sempena Persidangan UMNO 2013.

Dalam sidang media itu, Dr Mahathir juga menegaskan beliau masih memegang jawatan sebagai penasihat Proton.

"Proton bukan (milik) kerajaan. Petronas (milik) kerajaan. Proton dimiliki oleh DRB-Hicom, milik Syed Mokhtar, kalau dia nak cerita masalah saya dengarlah" katanya lagi.

Dr Mahathir dilaporkan meletak jawatan sebagai penasihat Petronas atas nasihat doktor yang meminta beliau mengurangkan masa kerja di pejabat.

Mengulas prestasi Petronas, Dr Mahathir menjelaskan dia berpuashati dengan dengan syarikat petroleum negara itu kerana berjaya meningkatkan keuntungan setiap masa.

Comments

Popular Posts