ROBOT MAHASiSWA ANWAR n The geng MEWARISI WATAKNYA

"Sebijik macam Anwar" itu reaksi orang ramai bila menyaksikan gambar seorang pelajar pro pembangkang terbaring di katil hospital 'kononnya' dicederakan polis di Tanjung Malim semalam.

Di laman-laman sosial macam facebook dan twitter, ramai yang pakat gelak tengok gambar berlakon tak jadi itu, sebab mula-mula macam 'nazar' sangat, tapi pada Ahad sekeping gambar lagi nampak ketawa riang.

Memang sah 'auta'. Sebab sebelum itu riuh puak-puak pembangkang menjerit kat facebook dan twitter kata mahasiswa nazar kena pukul dengan polis. Padahal yang sebenarnya cedera sebab rempuh pintu kaca sebuah klinik masa hendak melarikan diri bagi mengelak ditangkap polis.

Kejadian di Universiti Penguruan Sultan Idris (UPSI) semalam memang sudah dijangka sebagai sebahagian dari rancangan nak buat gamat menjelang keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini.
Nak tau lebih lanjut modus operandi mereka BACA INI di agendadaily.com .... Cara pembangkang cipta isu: Langgar undang-undang, berlakon jadi mangsa dan tuduh kerajaan zalim
http://t.co/1DTRrneZ

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts