DAH TERJAWAB DI MANA KEDUDUKAN UMNO SABAH BERKENAAN RCI! NK ISU APA LAGI?!!

2 minggu mungkin lebih sejak isu RCI ini dihebohkan selepas PERKIDA yg dipengerusikan dtk akjan konon menolak RCI. Pu3 rasa nak muntah kenapa orang mengaku pewaris kesultanan Sulu ni boleh diberi amanah dalam menyuarakan perkara berkenaan. Sesiapapun sudah maklum siapa dia sebelum bebas jadi orang awam.

Secara pribadi, pu3 antara individu sangat menyokong RCI ini ditubuhkan untuk menyiasat pewarganegaraan orang asing. Pertuduhan pembangkang mengatakan kerajaan umNO menggunakan 'mereka' ini sebagai senjata memenangi pilihanraya sangat tidak profesional. Sebagai pembuktian menangkis fitnah tersebut RCI perlu diwujudkan.

Semalam pu3 membaca kenyataan UMNO sabah tiada bantahan penubuhan RCI. Its was good announce!

" UMNO Sabah mengulangi komitmennya untuk melindungi kepentingan dan kebajikan semua penduduk sabah dengan secara terbuka menyokong pembentukan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan bukan warga negara memperoleh kewarganegaraan dengan cara yang meragukan" - NST 3/1/2012

"Jadi isu UMNO sabah membantah atau menentang penubuhan RCI ini tidak pernah timbul. Malah pada 2008, UMNO Sabah telah mengemukakan memorundum kepada perdana Menteri ketika itu tun Abdullah badawi yang memberikan butir-butir terperinci isu-isu yang perlu diberikan perhatian segera oleh kerajaan persekutuan " -yB dtk sapawi (MP & Ket bhg sipitang / ket Penerangan UMNO Sabah).

Sebenarnya ahli-ahli parlimen dari sabah telah mengundi Di parlimen untuk menerima pengakuan oleh jawatankuasa pemilihan parlimen yang diketuai oleh Yb datuk seri. Dr maximus ongkili antara resolusi untuk menubuhkan RCI di sabah.

Di sini pu3 mempertikaikan kenapa orang2 pakatan, UBF ,STAR dan kumpulan pembenci BN melempar tuduhan UMNO pengkhianat rakyat sabah dan menolak RCI, pengumuman rasmi ini jelas telah menoktahkan pendirian UMNO sabah tentang RCI. Peliknya mamat seorang ini boleh pula memberi ulasan dalam FB seperti di bawah ini:

"LRenzo M.sabadun
TANAMKAN DALAM MINDA ANDA

Jika benar bagai dikata bahawa UMNO bersetuju dgn penubuhan RCI, sudah pasti akan TERTUTUPLAH PELUANG PERSEKUTUAN TANAH MELAYU untuk MENYEMPURNAKAN PENAKLUKAN MALAYA SEPENUHNYA KE ATAS NEGARA SABAH INI.
Strategi TERAKHIR UMNO pusat IALAH MENJADIKAN MELAYU BARU SABAH(warga hantu yg diberi mykad) MENJADI PENENTU KEPUTUSAN PiliHANRAYA......
JANGANLAH KAMU TERTIPU-TIPU LAGI...JANJI UMNO/PBS/UPKO/PBRS &LDP ADALAH JANJITARANGBULAN... JANJI KEHANCURAN PRIBUMI..MENJADIKAN PRIBUMI SEBAGAI PELARIAN DI SABAH....
PENAKLUKAN MELALUI CARA politik, SENJATA HALUS Dgn MEMBERI SUAPAN, MENGGERTAK, BERJANJI, MENINDAS, MEMECAH BELAHKAN PERPADUAN PRIBUMI (MANGSA) DEMI PENAKLUKAN INI.. "UBF SABAH FB GROUP 4.1.2011- 11:20AM

Kenapa? Kerana pengumuman pendirian rasmi UMNO sabah telah mematahkan strategi mereka untuk menarik sokongan masyarakat. Konon je UBF, USNO baru, STAR, SAPP menolak parti dari berasaskan semenanjung kerana berhasrat membentuk negara baru dalam dunia, tetapi setiap kali pu3 membuat posting berkaitan PAKATAn punyalah mengamuk mereka memaki pu3. Dari cara tersebut, STAR, SAPP. USNO baru, dan UBF, ni hanya memakai topeng wajah je, dalangnya adalah PAKATAN juga kannnnnn

Soalan pu3 menZALIMI dan MENINDAS yang bagaimana? Erti ZALIM dan TINDAS ini lebih kepada tindakan kejam . Agaknya terlalu terkejut dengan pengumuman tersebut. Lrenzo penuh emosi meluahkan perasaan,ya. Nasiblah korang. Kepimpinan UMNO sabah bukan kepimpinan zalim apa lagi kejam. Tuduhan sebegini hanya menutup kelemahan pakatan.

Pu3 percaya strategi ini didalangi Pakatan , sebiji mcm DAP dan PKR punya angkara. Mereka tahu bahawa Sabah adalah kubu kuat Barisan nasional. Mengeluarkan isu2 yang keterlaluan untuk menlenyapkan kepercayaan rakyat dengan. Cara ini tak bijak. Ia lebih meludah ke langit. Faham2lah akibatnya.
Pu3 menantikan RCI ini. Tabik kepada UMNO Sabah yang jelas berani dan membuktikan mereka bukan dalang merakyatkan orang asing seperti yang dicanang oleh Pakatan. BRAVO!

P/s: UBF tunggang-langgang. Ada ahlinya mempertikaikan kepimpinan jeffry dan mahukan biarlah zainal ajmain timblan penaja menjadi ketuanya. Jeng2.... Sesiapun tau siapa jeffry. Bukan sahaja asyik terjun , keluar, amanahpun tk dijaga. Mcm mana mau dipercayai! Hahahahahahhaha...

Comments

  1. Salam Mohon Pautkan Blog sy disini,
    http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts