PELANCARAN SKUAD SAYANG MOBILE KELANTAN

Kehadirannya bagai pengubat rindu. Menawar kebajikan serta keprihatinan. Warna merah tanda gagah. Bukan bertempur tetapi membina semangat setiap mata yang melihat.
Van SKUAD SAYANG (sumber: sahabat Cyber)

Ketibaan YAB Perdana Menteri dengan baju melayu berwarna merah jambu lengkap, di lapangan terbang Pengkalan Chepa disambut oleh skuad Sayang Wanita UMNO menunggu lebih awal dengan vest merah mereka.
majlis merenjis dan tepung Tawar dilakukan oleh YAB Perdana menteri (sumber: sahabat Cyber)

Sebanyak 15 buah van Skuad Sayang disusun di tempat letak kereta untuk dilancarkan oleh presiden UMNO yang diiringi Naib presiden UMNO DS Zahid Hamidi dan DS Awang adek mewakili perhubungan UMNO Kelantan. .
YAB Perdana menteri memeriksa kelengkapan Van SKUAD SAYANG yang akan diserahkan  (sumber: sahabat Cyber)

Upacara memotong reben diikuti tepung tawar dilakukan oleh YAB Perdana Menteri diakhiri bacaan doa.

YAB Perdana menteri DS Najib mengaminkan doa sempena majlis penyerahan Van. psssttt  pink gitu I like! (sumber: sahabat Cyber)
Semoga dengan adanya pengangkutan skuad sayang. Aktiviti skuad sayang tidak lagi terhad pada suatu tempat semata, tetapi lebih menyeluruh untuk menawan hati pengundi kelantan.

Bacaan doa selepas majlis merenjis dan tepung tawar (sumber: sahabat Cyber)

Comments

Popular Posts